~~SAYANG KORANG~~

TIPS MUDAH TADBIR BARANG

Assalamualaikum....

Bismillahirahmanirahhim....

kengkawanku semua pe khobar? sihat hendaknya yer...yg tak sihat, sila segera berjumpa yang pakar, no tok moh2..tak baik..Ustaz2 tak per. tapi perhatikan juga apa yang dibacanya. no jampi2 k. Letakkan keyakinan pada yang Maha Esa, Insya Allah, sembuhlah segala penyakit. AMIN.

ok, sekarang ni kan semua maklum, cuti sekolah. so ramailah yang dah packing things nak bercuti..Yeayyyy..korang mestilah teramat xcited nak pergi jenjalan kan?  so macamana korang packing barang korang time nak p jenjalan? itulah topik perbincangan aku pada malam buta nih. Bagaimana nak mentadbir baju (wah, ayat tak bleh blah kau!!!! tengah malam ayat amat romantik kan hahahaha..) korang bawa berapa guni baju? seluar ni maching tak ngan baju nih? yang ladies plak lagi banyak kan, baju kecik, baju besar...hehehehe, tudung lagi, jgan lupa sepuluh pasang kasut pelbagai jenis perlu disumbat lagi...haaa kan banyak tuh...

aku nih bukan jenis yang suke p jenjalan pun, tapi disebabkn aku seorang insan yang suka mengorganisasikan barang2 dengan teratur dan tersusun,(sanagatttttt kan) so reliable lah kan tuk aku bagi tips simple ni k..(ni ikut atas korang lah, nak ikut ker tak tips ni, aku just share sedikit ilmu yang aku taw ja...huhuhu)

1. kena rancang perjalanan dan aktiviti anda.
benda ni penting taw. korang nak pergi selama mana? 3 hari ker, seminggu ker? walaupun sehari korang pergi muzium sebelah rumah pun korang kene rancang taw..seyes nih..korang juga kene rancang jugak apa aktiviti yang akan korang buat time tuh. contohnya, korang rancang nak pergi ke pulau. korang mesti nak try scuba diving, snorkeling ker, kayak ker..banyak aktiviti air kan. so korang kene taw itu semua supaya senang korang nak packing pakaian. tips mudah korang kene anggar sehari bersamaan 3 helai baju. lebih bawak tak per dari kureng kan. kan tak pasal2 pkai bju busuk..(bau bdan kalah mat tutttt, ikan dalam laut bolh pengsan taw..heheh)

2. pakaian.
benda ni memang paling rumit sekali kan. tips mudah banyakkan bawa baju dari jenis cotton. bukan pe senang nak lipat and tak berat. korang pun selesa kan. and gulung pakaian anda k, pasti akan bnyak space punyer lah..(Alahh,nnti kedut lah baju tuh...Weh, corak terbaru kot, ko sorang ja yang ada, hehehehe)

3. beg
aku suka bawak beg seret tuh, senang sebnrnya. aku bleh susun kasi cntik bju2 aku. tapi ni smua ikut yang no 1 diatas, perancangan korang.kalau setakat sehari tuh ehemehem, tak kan nak bawak beg seret jugak kan..????.
Haaa!! jangan lupa jugak beg kecik untuk korang letak dokument penting mcm pasport/visa, kamera or ubat-ubatan. kalau bolh bwk juga yg diphotostat, bukan per, takut berlaku kehilangan or kecurian nnt korang ad yg salinan untuk lapor kat pak polisi nnti.



4. peralatan mandi. 
ni memang remeh kan. kalau korng bercuti di hotel yg berbintang, tak payh bawk mandian bagai..dah disediakan. tapi kalau korang pergi berkhemah ke ngan member2 sekepala, kongsilah brng2 tu ek. Berus gigi yang sdn. bhd lah..jgn nk kongsi gak melainkan korang nak share juga penyakit gigi and mulut member korng tuh. kua kua kua.

5. ubat-ubatan
ni paling penting. ramai yang ignore benda nih. bawalah panadol sepaket (tak berat pun). memang time p korang rasa sihat, tapi sakit tak mengenal masa. so sediakan payung sebelum hujan k.

so ni tips yang paling simple aku boleh share kat korang. nak ikut, silakan, nak tambah tips pun silakan..no hal k. Selamat Bercuti. Aku doakan perjalanan korang pergi and balik selamat.Amin.

p/s Sorry Ahmad Fauzan, tak leh attend your wedding day..ada kursus perlu dihadiri. sedey sangat. by the way, Selamat Pengantin Baru, Moga Bahagia sehingga ke Syurga, cepat2 make baby hahaha coz mesti baby u akan cute mcm Mum and Dad dia...
p/s aku pun tengah bagpack barang ni, nk pergi kursus teambuilding kat Gambang resort. Insya Allah, nnti aku share pe kejadahnya aku buat kat sane. heheheh

TAHNIAH

Assalamualaikum...

entry taip ngan pantas lagi tak hengat students tengah tunggu depan pintu. (Eh, masa saya ke sekarang!!! baik punya soalan kan cikgu)..esok dah start cuti so hooorayyyyyy...bagi yang tak akan cuti, macam kami guru-guru Malaysia, sila laksanakan tanggungjawab anda ok. hehehehe

firstly, nak ucapkan tahniah pada team piala Thomas negara. Walaupun tak bawak balik piala tu, permainan korang memang best semalam. itupun aku sempat tengok time Dato; Lee, beregu ke dua (game 4) and last si Darren tuh jer...aku kene p kelas tambahan bebudah nih..game diaorang memang aku suke walaupun kene control suara pekikan itu (Almaklumlah, duk asrama sekolah, ngan warden plak tuh,).



so, kepada guru-guru sekalian, selamat bercuti. aku akn update kalau ada masa n ketika. aku tahu lau aku tak hupdate, korang akan tertanya2 kemana perginya aku kan...(penyakit koyaku datang balik...)

bubye, szaichen...

p/s Gambang Resort, here i come..yuhuuuuuu...

HOTEL PUNYER PASAL

Assalamualaikum…
Sahabat-sahabatku semua…kalian sihat? Huhuhu aku nak cerita sebuah kisah sedih ni weh…(sambil air mata mengalir sebab klakor tengok Running Man hahahaha)…aku ada gitaw kan sal sekolah aku kene buat persembahan chorosical sketch during majlis perasmian program TRENGLISH..

Kisah sedihnya, pelancaran tersebut ditunda dan persembahan tersebut terpaksa dibatalkan. Sebab musababnya, aku tak leh lah share nge korang sebab again rahsia umum. Kahkahkah…banyak nor rahsia nya kan.

So aku story lah kat budak2 aku tuh, diorang macam sedeh jer. Walaupun aku tahu diaorang sedeh sebab tak leh pergi duk hotel yang sepenuhnya ditaja. (memang kureng asam gelugur bebudak nih…weh sapa tak suke duk hotel kan!!! Ni kan diaorang budak-budak riang.) tapi BILA aku janji kat diaorang masa pergi nanti kita akan singgah kat tempat best, mula lah pelbagai idea-idea bernas lagi pintar daripada bebudak ni. Ada yang nak pergi shopping kat Pasar Payanglah, ada yang nak pergi muzium lah, yang cakap nak g Mydin pun ada. TERBAEKKKK….

Takpe lah, aku just mampu angguk jer, pastu bagitaw nanti kita plan kaw kaw. Walaupun aku tahu tak ada maknanya semua itu. Hahahaha… At least, kuranglah sikit perasaan gundah gulana diorang nak stay kat hotel yang tak kesampaian tuh.

Kesian kan...

Adios amigos…Sayonara…Saranghae…bole churiya (aku merapu ntah pa pe…)

p/s mata sepet, putih, macam orang Cina, muka merah2 sebab jerawat, rambut nak kata panjang tak, nak kata pendek pun tak, baju kotak2 biru putih, putih lebih, seluar hitam…andai itu takdirNya…Amin..

TODAY IS ENGLISH DAY

Assalamualaikum...

Today is English day at my school. (so kene sembang omputih lah yer, oppsss tertulis bahasa plak hehehehe)...im so busy today, got to relief class. i just got this little time and in hurry to update this entry. so i hope my beloved geng understengggg ek..(terengganu dialect? hahaha)

Two cannibals were eating a clown. One cannibal looked at the other cannibal and said, "Do you taste something funny?"



i also share this joke with my students too...hahahah...funny ha..

p/s  smile....



BAGAIMANA KAMU TAHU KAMU SUDAH JATUH CINTA

Assalamualaikum...

geng geng pe kabo..


 aku join benda nih weh..hahahaha..sekali sekali felin mak enon tak salah kan..si Petak Bunga duk tanya soalan BAGAIMANA KAMU TAHU KAMU SUDAH JATUH CINTA?

ni nak kena recall semula sejarah hidup nih kahkahkah...
ermm..erm..
sebenarnya susah nak tahu aku jatuh cinta ni. sebab kes aku unik sikit. aku jatuh cinta pada mamat yang muncul dalam mimpi aku. Allah s.w.t izinkan dia muncul dalam mimpi setiap kali aku buat solat sunat di malam hari. mungkin dia jodohku ataupun mungkin bukan.

aku sebenarnya tak perasaan plak si mamat ni asyik muncul dalam mimpi aku, coz ya lah mimpi itu mainan tido. aku tak ambil pot pun. lagipun dia just muncul gitu ja. weh mimpi korang tahu ja lah penuh dengan kabus2 putih..bukan korang ingat sangat pun kan..hahahaha..Tapi selepas beberapa bulan, setiap kali aku solat pada malam istimewa, dia pasti muncul..Allah itu Maha Berkuasa. kesan dia kat aku, esoknya mesti aku senyum sampai ke telinga. kahkahkah..so tu lah dia, aku tahu yang aku dah jatuh cinta pada si mamat yang muncul dalam mimpi aku dengan izin yang maha esa. (korang mesti kate aku kureng sihat otaknya kan...)lantaklah..hehhehe
 

adakah aku akn jumpa mamat ni di alam nyata? Macamana kalau jodoh aku dengan orang lain?  Wallahualam..semuanya dengan izinNya. Allahhu Akbar....

p/s terbaek betul kan story aku nih, kalau tak dapat hadiah RM10 tuh tak tahulah aku hehehehe

LANGKAH PERTAMA: T.H.E.L.P. 2

Assalamualaikum…

Sahabat-sahabat sekalian. Semoga sihat hendaknya..ok hari ni aku nak sambung bab kerja aku nih. Cewah, macm kerja menteri besar jerk an siap duk bubuh dalam blog. Macam “koya” ja. (aritu aku dah bgitaw kan maksud dia, so korang mesti dah arif kan…huhuhuhu).

Tak kira, (sambil buat muka tak heran…) aku nak story gak sebab ada isi yang bagi aku wajib dijadikan teladan buat korang semua..aku start story ni dengan soalan Macamana aku dapat kerja ni? (AMBOIII..HUHUHU)

One fine day, (cewah, omputih plak dia kuor), 16 hb 4, tepat pukul 10:35 malam,aku ni duk lah bukok pesbuk. Msuk lah laman2 tuk cari kerja. Almaklumlah, orang menganggur tulah kerja dia. Lepak depan pc cari laman web yang offer kerja. Nak dijadikan kerja nih rezeki aku, aku pun terbuka lah laman web Yayasan Terengganu. Wah, menarik ini punyer kerja. (bisik hati kecilku…mcam dalam novel plak rasenya huhuhu). So aku pun isilah apa yang diorang nak. Time tuh aku memang tak tengok pun dia punya duedate.
Tetiba mata aku terpandang akan tarikh luputnya tawaran tu. OMG, tarikh luput nya adalah kul 12 malam tu jugak..dah lah banyak benda kena isi termasuk no ic parents aku. Dengan pantas aku menggerakkan ibuku dari mimpi yang indah sebab nak tanya no ic dia. (aku memang tak ingat pun no dia, no telepun aku pun boleh berterabur nak ingat, inikan pulak ic mak aku, tak ada maknanya Jah…). Mak aku dengan mata yang masih terpejam, mengambil icnya. Sebelum aku blah dari bilik mak aku tuh, dengan kuasa bulan macam Sailormoon tuh sempat lagi mak aku bagi flying kick sebab ganggu dia tidur and tengah mimpi Rajnikant. Sempat lagi member tazkirah, jangan buat kerja last minute, jangan ganggu orang tido dan bla bla bla(korang mesti tak caya kan? Hahaha betul beb, habaq hang..)

So aku per lagi, pecut weh isi borang. Finally, dengan izin Allah s.w.t dan lafaz Bismillah, akhirnya aku berjaya menghantar borang ku itu. Amin. Selepas dua hari, aku dapat panggilan telefon untuk pergi interview. Uishhh, ni lah saat yang paling menakutkan bagi aku. Sal interview nih, nanti kat lain entry k. Pasal interview ni, aku boleh buat satu entry khas tuh cerita kat korang pengalaman aku hehehehe.

Dua minggu lepas interview, dapat panggilan telefon, cakap aku berjaya dapat kerja nih. Wehhh, meleleh air mata taw, Allah S.W.T dengar rayuan aku setiap kali lepas solat. Alhamdulillah. Orang pertama yang aku bagitau berita gumbira ni mestilah my MUM kan. Dia pun apa lagi, berteriak lah menangis macam budak tak dapat susu. Mak aku memang drama queen taw. Ratu air mata katakan. Hahahahah.

Ok. Sebelum aku start kerja nih, kitaorang diberi kursus selama 3 hari 2 malam di Hotel pe ntah aku kurang ingat lah. Lepas tuh, kami diserahkan kepada pengetua sekolah masing-masing dan melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan penuh kesabaran, iltizam yang kuat dan sebagainya. Hahahaha.. (Ayat bahasa melayu minta pelempang…).

Begitulah sedikit sebanyak yang aku bleh kongsi kat korang. Bukan nak berbangga, tapi bagi aku yang pernah menjadi penganggur kehormat suatu masa dahulu, aku nak bagitahu pengalaman aku mencari kerja demi kelangsungan hidup (kahkahkah…) dan aku juga nak bagitaw kat korang, MINTA LAH PADA YANG ESA, JANGAN SEGAN ATAU MALU, KERANA DIALAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA TERMASUKLAH REZEKI KITA. Dan jangan pulak korang putus asa, korang doa dah berbakul2 tapi still tak dapat. Rezeki itu ada, yang penting usaha, jangan cepat mengalah and be positive. 

Oklah, itu sahaja bebelan aku tuk hari ini. C u when I c u.

p/s SELAMAT HARI GURU

T.H.E.L.P



Assalamualikum…

Korang korang semua mesti sihat belaka kan, lau tak, tak mampu nak ngadap laptop kan. So buang introduction panjang-panjang ok. Disebabkan aku dah lama tinggalkan dunia ke “koya” an aku di blog ni, aku nak gitaw sal satu benda yang penting yang berlaku dalam hidup aku. Sebelum aku melalut sampai ke Sweden, aku bagitau dulu maksud “koya” tu eh. Ianya bukan sejenis makanan dalam resepi Cik Mat Gebu tuh, ianya bermaksud berangan, berkhayal..Today is Terengganu dialect day. Hahahahaha.

Sebelum ni korang mesti ad baca entry aku ajar students aku chorosical bagai tuh kan and korang mesti assume aku seorang guru kan? Ehem ehem..sebenarnya TIDAK. Aku bukan seorang guru. Jawatan yang kusandang hanyalah sebagai pembantu guru. Nak kasi up sikit PEMBANTU GURU BAHASA ENGGERIS. Mesti korang tak pernah dengar kan. Jawatan ini hanya ada kat Negeri Terengganu sahaja dibawah program TRENGLISH.

Aku x ske cakap sal politik almaklum memang tengah hangat sekarang tetapi kena kepilkan jugak sikit. Tak boleh blah gne ayat kepilkan tuh. Hahahaha. Program ni telah dirancang ketika dibawah pentadbiran former Terengganu MB, you know who-mcm Harry Potter punyer crita jer- tujuan nya adalah untuk memperkasakan rakyat Terengganu dengan bahasa inggeris. Kita semua maklum (ecece, ayat tak bleh blah tuh), tahun 2016 nanti pelajar wajib lulus BI, so Terengganu mengambil initiatif untuk menubuhkan satu badan untuk melaksanakan program ini. Aku tak le ulas panjang2 coz ni rahsia Negara lh sangattss. (nak cover nak pendekkan cerita sebenarnya hahahaha).



So dengan adanya kami, Guru Pembantu Bahasa Enggeris or kitaorang menggelarkan diri kitaorang THELP dpat membantu guru guru BI kita disekolah. Dan bermulalah juga perubahan dalam hidup aku. YES, I'M NO JOBLESS NOW. Fuiyooooo..karangan panjang diatas sebenarnya nak cover malu tahap empatbelas nak gitaw korang selepas 27 tahun akhirnya aku pegang duit sendiri. Tu jer sebenarnya. Hahahahaha..cepat2 cover muka dengan alas meja nih..

So macaman aku bleh terjebak masuk ke kancah perkerjaan dan dibawah bidang pendidikan ni nanti aku story mori dalam laen entry k..tak leh banyak2, nanti korang muntah hijau pulak. Lagipun aku tulis banyak2 bukan nak comment pun. Sedeyyyyy jer. Waaaaaa…

p/s weh dah hari Khamis dah ek…yeayyyyy jumpa kekasih hati hari ni. “Mok, lauk gape hari ni?”…hahaha
p/s ehem ehem, latih bagai nak rak, cenggitu plak jadinya. Cam sedeyyyy..next entry lagi

SEGMEN BLOGGER ACTIVE

Assalamualaikum..

aku nih bukannya aktif sangat pun, tapi disebabkan aku jenis yang suka masuk jengah blog orang and op cos nak geng-geng ramai, so aku join segmen nih. korang pun wajib join gak taw. 
Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3 insyallah


klik banner untuk join the community :D

good luck !


APLIKASI TELEPON

Assalamualaikum…

Olla sahabatku semua. Semoga sihat hendaknya kalian hari ini. Amin. Semalam cuti kan? Hari Wesak. Tapi aku cuti separuh hari jer, petang aku masuk kerja balik. Hahaha.. kerja lah sangat kan. Just kidding ok. Macam biasalah, aku duk trained students’ aku chorosical sketch tuh. Ada banyak improvement dah diaorang nih. Walaupun sebutan pada mulanya banyak ke Terengganu slang, tapi diorang dah bleh tukar dah sikit2 pada loghat orang Australia. Korang bleh? Kelass taw.

Ok hari ini aku nak story pasal phone application yang dah lama famos amos, tapi aku jer baru terkial-kial godio tuh weh, canggihnya…korang paham lah kan bila seorang gadis kampung yang ayu lagi “sompan” in dipertemukan dengan gadjet-gadjet tambah lagi aplikasi yang canggih keadaanya macammana. Macam kera dapat durian. Eh!! Ada tak peribahasa ni ek..ke macam kera makan belacan. Hmmm apa2 ja lah, yang penting apa yang aku nak gitau korang sampai. Nak bagitahu yang aku memang tak tahu apa2 pasal aplikasi tuh. Aplikasi yang dimaksudkan adalah…
Jeng jeng jeng


Whatssapp?
Kahkahkah, korang mesti tengah gelakkn aku kan. Wah, korang gelak macam tak payah beli majalah ujang sebulan kan. Lantak korang lah. Aku memang buta IT pun. Ku akui,..cewah..

Macamana aku kenal benda nih. Cenggini ceritanya. “Member kamceng” aku, duk tanya.
“yani, awak ada tak whatssap? Geng kita ada buat grup taw. Bleh ah join kitaorang. Bleh sembang2?
Apa ke benda tuh? So aku pun tanya lah my Adikku. Katanya “ANDA HANYA BOLEH MEMILIKI APLIKASI INI JIKA ANDA MENGGUNAKAN TEPUN SELAIN NOKIA CLASSIC ANDA YANG HURUFNYA DAH TAK NAMPAK TUH”. Baik punya ayat adik aku bagi. Terus menusuk ke jantung ku. hahahaha
Haaaa, korang nampak disitu info yang pentingnya. Aku harus tukar phone kesayangan hamba itu. Yes, I did. Selepas aku tukar tuh lah baru aku taw pasal benda alah tuh. Tapi korang jangan tanya aku banyak-banyak k psl bnda tuh. Aku orang baru nak belajar. Students’ aku lebih advance kot.
Ohh luper plak. Haritu Akmal pun ada gak tanya aku sal grup whatssapp ni but sorry to say, aku tak tahu wehh nak join group ni. Sila tutup mulut anda ketat-ketat jangan sampai terkeluar suara gelak korang atau aku bgi flying kick dpan lappy nih.
So itu ajer story aku tuk hari ni, ni tengah menggedek-gedek phone aku. Korang ajor lah aku mcamna k nk join grup whatssapp tuh? Orang kata malu bertanya sesat jalan kan, so aku tak nak tersesat dimana-mana hutan belantara, jadi sila lah membantu aku ini, insan yang tidak sempurna. Aiseh men.

p/s cepatlah cuti sekolah weh, nak gemukkan diri balik ni. Kahkahkah.