~~SAYANG KORANG~~

~Apa jawapan dua puteraku itu?~



Assalamualaikum....
Entri kedua tuk hari ini. Alhamdulillah...
Tadi, baby ada membaca buku Mastika. baby memang gemar baca buku ni kerana banyak cerita didalamnya. baby begitu tertarik dengan satu cerita ini...

Ianya sebuah kisah tentang Khalifah Harun Ar-Rasyid dimana merupakan khalifah Bani Abassiah. Baginda memperoleh dua orang putera bersama permaisurinya iaitu Al-Makmun dan Al-Amin.Kedua-dua orang puteranya itulah yang bakal menggantikan baginda sebagai khalifah. Tetapi soalnya, siapa yang paling layak?  

Sebagai persediaan mengambil alih jawatan, Khalifah Harun memberikan didikan yang sempurna kepada putera-puteranya. Para cendikiawan dari seluruh pelosaok dunia juga dipanggil untuk memberi ilmu kepada Al-Maknun dan Al-Amin.

Suatu hari, Khalifah Harun memanggil semua guru putera-puteranya dan meminta mereka memberikan pandangan siapa yang sepatutnya menggantikan tempat baginda. Kesemua guru tersebut bersepakat mengatakan, Al-Maknun. Para pembantu kedua-dua orang puteranya juga dipanggil dan ditanya pandangan mereka dan bersetuju menyatakan Al-Maknun yang paling layak.

Tetapi benarkah? Khalifah Harun ingin menyelidik lebih dalam, lantas memanggil ketua pengasuh Al-Amin.
"Wahai wanita budiman, cuba kau berpura-pura kepada puteraku Al-Amin, kononnya kau telah diberitahu bahawa jawatan khalifah akan diberikan kepadanya. Lihat bagaimana sikapnya nanti".
Arahan yang sama diberikan juga kepada pengasuh Al-Maknun.

Apabilaketua pengasuh Al-Amin pulang selepas menyempurnakan arahan tersebut, Khalifah Harun terus bertanya tentang reaksi puteranya itu. Jawab pengasuh tersebut...
"Wahai Amirul Mukminin, Al-Amin berjanji akan memberiku hadiah yang sangat besar seandainya dia menjadi khalifah kelak".
Baginda Harun terkejut mendengar jawapan puteranya itu. Dia mengalihkan pandangan kepada pengasuh Al-Maknun pula.
"Bagaimana sikap puteraku itu?" tanya Khalifah Harun.
"Wahai Amirul Mukminin, puteramu itu amat berduka cita apabila mendengar berita itu. Al-Maknun berkata, dengan penggantian jawatan, ini bererti kematian ayahandanya".

Khalifah Harun tersenyum, memang Al-Maknun layak menggantikannya.  

(sumber Mastika, Julai 2008)

p/s renung-renungkanlah..

soalan pedish

pe khabar sedara sedari sekalian? diharap semua sihat sejahtera..semenjak dah tamat pengajian nih, banyak benda dah berubah..pergi ke umah sedara mara, soalan pertama yang ditanya, dah kerja? ermm dengan muka semonyetnyer, menjawab belum...nak rehat dlu..hahaha..rehatlah sangat sampai badan pun dah macam tong dah besarnya...

soalan yang lagi best ditanya, bile nak kahwin? fuh...yang ni memang agak payah nak menjawabnya. tambah-tambah lagi adik dah nak diikat..oiii agak sesak tuh nak menjawabnya...mak pun dah bagi isyarat sila blah dari rumah ak cepat2,  senang..tak menyesakkan mata...hahaha...waduh omak, ankmu masih single and availble nih...aish nak cari kat mana yer calon suami? sapa yang nak kat kita nih, sila angkat kening hahaha...

by the way, congratulation to my cousin shahida(Along) kerana sudah menamatkan alam bujang..semoga rumah tangga yang dibina berkekalan, dan dicucuri dengan limpah dan rahmat dari Allah s.w.t. Amin..

p/s gambar tak der, coz camera dslr ada kat kedai Uncle Wong hahahaha
 
 
dah lama tak menghupdate blog nih kan..sorry le sesangat yer...selalu ada kekangan....by the way, this is only the warming up update..nothing much to write..just to drop by jer...huhuhu


please forgive me for any inconvenience that i has made..love u alot....

~~Insane~~



olla semua...bby just come across with a quotation that bby guess really suits with me..hahaha..its quite funny since maybe some of you never thought of it, or rase yang memang quote ni tak ada kene mengena langsung ngan baby..tapi sebenarnya, this is truly me...


at first baby memang seorang yang pendiam, tak banyak cakap, pemalu..huhuhu..seriously, this is me. permulaan bagi sesapa yang tak kenal. disebabkan tu baby jenis susah nak buat kawan, orang kata agak sombonglah...(bukan sombong sebenarnya, tapi pemalu, pastu buat muka tuk cover malu... tu yg jadi muka sombong tuh hehehe) 

orang yg nak kawan nge baby mesti pandai trigger baby such as start talking with me first. introduce him/herself. baby lagi cepat selesa lau orang tuh jenis suka ketawa, buat lawak2, open minded, orang kata senang didekati...bila baby dah rasa kimia tuh, time ni baby dah start bercerita..tpi bukan kesemuanya lah..still ada wall disitu..hahaha

and kepada orang yang terplih jadi my bestfriends will know baby macamana coz baby tak kan sembunyi apa-apa kepada mereka ni..yeah, in simple word, transparent..tahu luar dan dalam..ngehngehngeh...gila kan...yang lagi gile, cepat benor tersentuh lau bff ckp smthing..lau pakwe tegur tak de pun nak tarik muncung 18 depa, tpi lau bff, hmm bleh lah tengok muncung itik keluar hahaha...one more thing is lau bff kata sye tak suka tengok muka kamu pun, bby bleh lagi terpacak depan tuh..reason? tak tahu..that show how insane am i right? hahahaha (nak kata terhegeh-hegeh pun kata lah, tak kesah coz im that kind of person..huhuhu)

p/s mesti ramai tak setuju bila baby cakap baby pemalu kan..hahaha(dri sendiri pun tak caya sebnrnya tpi bla diselidiki, tu lah dia jenis orangnya...)
p/s: baby mempunyai playlist lagu the best ever yeayyy
p/s lagi: Mungkinkah tarikh 18 memberi impak besar dalam hidup? we will see..

Sori Guys




hai...lama dah tak bukak baby diari nih..banyak benda nak kne settle almaklumlah pelajar semester akhir..What? dah akhir? sekejap jer kan masa bergerak..pejam celik pejam celik...4 tahun bergelar pelajar universiti Sultan Zainal Abidin nih..fuhhh...lau dihitung peluh hasil penat lelah agaknya dah berguni-guni kan..semua tuh demi mencari ilmu bekalan dunia n akhirat..Insyaallah...

ni skunk musim exam so hope korang wish all da best for me..sory guys, ringkas jer entry kali ni...sori sangat2...

p/s: love you always...
p/s: Hidup ini hanyalah pinjaman seketika, gunakanlah ia untuk mencari keredhaan Pemilik Agungnya...Amin





~~Markisa~~



story ni baby dah lama peram dalam draft, tunggu waktu yang sesuai jer nak dikongsikan ngan korang. cerita ini sal buah markisa. korang kenal tak buah markisa tu apa. baby pun tak kenal jugak mulanya. tapi bila ada kawan bawak balik buah tu dari Johor satu plastik besar, ya Ampun..owh gini buah dia..baby dulu-dulu just minum jus dia jer...hehehe..ni lah buah dia..jum jenguk..
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
v





more clear version hehehehe
ni semua yg Wan Nor makan ngeh ngeh ngeh....
thanks angah coz sudi bawak buah ni berat2 naik bas tuk kami...mengenalkan kami buah nih..tq a alot..lau korang nak tahu kepentingan buah ni, sila rajinkan diri click SINI k...erm lupa nak gitaw, kami disini adalah Nazirah, Siti Aminah, Fiona, Wan Nor, and K.zah..tak ad gmbr diorang melantak k..privacy katanya hehehehe...(memang tak ada pun...)

p/s: maafkan jika terasa tapi itu sahaja caranya untuk menyedarkan anda...
p/s lagi: mandian Lifebouy amat susah dicari depan UNISZA yer...grrrrr
p/s lagi: MUM, miss u a lot...nangis dalam mimpi dah nih....waaaaa


~~Amanah~~


berhabuk lagi diari baby ni kan...mintak maaf banyak-banyak yer...baby betul-betul sibuk..di Kuala Terengganu hari ni cuacanya amat mendung sekali. sejuk..damai...menenangkan.

tapi berita yang didengari pagi ni membuatkan segala keindahan tersebut hilang...dimamah manusia yang tidak kenal nilai tanggungjawab...

tolonglah..jangan jadi manusia seperti itu. anda sudah diberi tanggungjawab tersebut. anda seharusnya melaksanakan dengan baik. jangan pula kerana anda tidak mampu, kemudian anda meletakkan kesalahan pada orang lain. ini tidak adil. amat tidak adil. 

anda banyak menyusahkan orang, menipu, memfitnah..tidak letihkah anda..tidak penatkah anda..tambah lagi satu dosa yang besar, anda tidak amanah..tidak sedarkah anda? anda bijak menuturkan kata-kata, tapi sebalik penuturan itu segalanya penipuan..anda mencipta penipuan demi menutup sebuah lagi penipuan...

baby bukanlah seorang yang bijak memberi nasihat. namun seandainya ruang dan penulisan ini memberi hidayah kepada anda. Alhamdulillah...

~~4Cherish~~


 
 
hai, lama dah blog ni tidak dikunjungi  baby. maaflah, memang agak sibuk buat masa sekarang. Kelas baby(Ben8) akan menganjurkan satu program yang besar. Inspiration Through Success. Banyak lah kerje yang harus dibuat. 
Baby sebenarnya hanyalah terlibat dalam hal-hal yang biasa sahaja. Namun tadi, baby ada menolong kawan dari bahagian promosi mengedarkan "leaflet" kepada pensyarah-pensyarah. bila diingati balik, bahagian ni lah yang baby paling suka libatkan diri. Ketika zaman diploma dulu, baby berada dibawah K.yong tuk promot kitaorang punyer event. Kami pergi tampal flyer kat pokok-pokok, tiang, blok-blok, letak kat kereta...ianya memang membangkitkan kembali kenangan dahulu...
Jum kita ungkai balik cerita lama..
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V
ni montaj yang dibuat khas oleh Feno n her gang..siap cipta logo class kita sendiri tuh..tabik springg ah...
 
Mie Seth and K.cik..kat blakang Zuraida..(k.Chik and Zu dah kawen pun) semangat psng pe nme ntah nih..
 
Dik Wan, Ila, Ujie and yg tak nampak tuh cam Suha (rasanyalah) ngah siapkan gift tuk para tetamu nanti...

rindu korang-syeh and the geng..peace
baby ada cari gambar kita satu kelas pakai baju event tuh, tapi sayangnya tidak dijumpai..dimana muka baby yang tomey tuh? ermm time nih kitaorang duk p pasang flyer...yang ada gambar baby hanyalah time nih..zzzzzzz

tidur beralaskan tikar and surat khabar jer kat tapak pameran, takut barang2 dicuri orang..
walaupun memenatkan tapi event ni amat merapatkan kitaorang..makan sekali, buat keje sekali, tido pun sekali..excluding Mie Seth tuh lah hehehehe..Memang banyak pertelingkahan pendapat, namun akhirnya dapat diselesaikan dengan baik kerana kita mewujudkan tolak ansur dan saling memahami.

so for all my friends (Ben8), lets do our best to ensure this event will success..

p/s: lamaran mu dlam trail ruangan menunggu hehehehe
 

~~Puteri Lilin~~


 
SIMPULAN CINTA SAHABAT-PUTERI LILIN

Merasai perpisahan semakin menghampiri
Setiap detik kurasa semakin cepat
Setiap getar kurasa semakin pantas
Hari berganti hari
Akhirnya perpisahan menanti tiba

Amat lama kita menyulam cinta
Amat lama kita memintal kasih
Amat lama kita menyimpul sayang
Kerana kita semua hamper, dekat dan rapat
Namun bagaimana kita mahu mengekal ikatan cinta kasih dan sayang ini
Andai kita semakin jauh dan akan berpisah?
Pelbagai badai, angin taufan melanda kita
Kekadang dibawa bersama fitnah dunia
Hati mula tersentuh, mulut mula kelu membisu
Tali persahabatan mula merenggang
Menjauh…

Siapa harus dipersalahkan?
Adakah ikatan kasih tercipta ini tiada kuat tulangnya?
Adakah simpulan cinta ini tidak tinggi nilainya?
Salahkan dirimu yang tidak menghargai persahabatan…
kerana telah kusimpul cinta kasih dan sayang seeratnya..
 

~~Friend's Story~~

olla diaries..semua sihat? baby dah start kuliah balik dah after cuti seminggu..Alhamdulillah...dapat rehatkan minda seketika and bersama My Mum kat umah..She miss me a lot sampaikan demam2..ish..macamanalah lau dapat kerja jauh2 nanti...risau dipikirkan...

time cuti aritu, ada geng skolah call..dia adalah cite mengenai classmate baby nama Shahril nih.clasmate sekolah menengah dulu..dia dah tak sihat terkena buatan orang katanya.dia jadi lupa ingatan,..(tapi nak percaya pun susah gak, i know him better i guest.).agak terkejut gak..tapi bila dipikir-pikirkan balik, maybe adalah tuh kesalahan yang dibuatnya. (baby bukan tak suka kan dia nih, but he owe me something..ermmm. baby actually tak percayakan sangat cerita kawan baby nih..firasat hati kuat mengatakan, si Shahril ni berlakon jer lebih tapi tak tahulah kan...) 

tapi sebagai kawan, baby harapkan Shahril cepat sembuh (lau sakit betul-betul lah..)..and sorry i cant' give you my phone no since im not ready yet..sori sangat2..katanya nak kembalikan balik memori..hmmmm (will not fall to the same trick again lah...)

cuma baby nak pesan lah kat diaries sekalian, janganlah amalkan ilmu2 yang tak berpaedah nih..membazir masa jer. dah lah kumpul dosa plak tuh..seharusnya belajar lah ilmu tajwid ker, taranum ker, atleast tambah pahala...ni tak, duk bergantung ngan Syaitan Laknatullah...Astagfirullahallazim...

tu lah citer kawan baby yg bernama Shahril ni..entahkan betul entahkan tidak...source macam meyakinkan, tapi kata hati sebaliknya...confius tul...

p/s: bbq tadi best tapi baby tak best sbb demam..tak leh nak huha huha
p/s lagi: hati macam disiat-siat bila dibuat begitu..kurenggggg 
p/s lagi2: saya tahu awk nak hbiskn kerje awak, tapi awk kene paham situasi sya juga...and cara awak buat tadi memang sya tak berkenan...sory to say, u are so rude...
p/s lagilagi1: sye kejam, so beware...ngehngehngeh


~~It Shrink~~

waaaaa baby sedey..kenapa? cu tengok nih...
I
I
I
I
I
I
I
I
V

botolku yg kemek...


rasa2 bleh guna tak lagi walaupun tak ensem????

ni botol Nestea yg baby beli time Jum Heboh aritu. kenapa jadi cam gini? ni lah kes budak bijak pandai, letakkan air panas lam botol ni.(debik2, ketuk kepala sendiri...).waaaaa...syunk giler kot....tapi baby ingat botol tebal dia mampu lah menahan kepanasan, tapi rupe-rupenyer...ermmmm sayang tapi nak buat macamana kan. nasi dah jadi bubur. a friend of mine cakap cu try letak air panas balik, pastu goyang2 kan tuk buat dia mengembang...hehehehe...gojes punyer idea...macam barang kristal dibuatnya..hehehehe...

p/s ianya tak menjadi nanah pun buat saya....
p/s lagi-lagi: got sweet name for my love, baba Id..comey kan...hehehe

~~Dark Side of Me Part 2~~

bagi baby amat susah seseorang itu mahu mengaku kelemahan diri sendiri. ni kan pula mahu dipaparkan dikhalayak ramai. mungkin bimbang tercalar maruah. 

namun bagi baby, tak salah mengakuinya. kadang-kala kelemahan itu adalah kelebihan pada diri kita. Siapa kita untuk mengetahui yang tersirat sebaliknya kan...

Dendam

salah satu sifat diri baby. sifat ini memang tidak baik sebenarnya. dendam ini lahir dari perasaan benci dan marah dan kita pendam sehingga sampai suatu waktu ianya akan dimuntahkan. ya, ianya juga lahir dari perasaan tidak puas hati. Perasaan ini dirasakan tidak kira pada sesiapa pun termasuklah keluarga sendiri. tetapi adakah berdendam ini memberi kesan negatif kepada kita. Bagaimana jika baby berdendam pada adik, namun baby berusaha untuk membalasnya dengan menjadi seorang kakak yang lebih baik? Bagaimana jika baby berdendam dengan rakan sekelas yang berjaya, dan baby berusaha membalasnya dengan menunjukkan result yang lagi baik? Bagaimana?

bagi baby, jika ianya memberi kesan positif kepada diri dan juga sekitar, dendam itu wajar. Namun, jika dendam itu menjahanamkan orang sekeliling, jauhilah ia dengan Kemaafan kerana ubat untuk Dendam adalah sebuah Kemaafan...



p/s: betulkan dengan tertib jika saya salah....
p/s lagi: a quite serius entry this time...hehehehe
p/s lagi2: kering dah ni poket waaaa

~~Friday Special~~


Hari jumaat hari yang ditunggu-tunggu oleh kaum muslimin sekalian. Alhamdulillah, tidak sia-sia Jumaat ni bagi baby hari ini. bukan per, baby penuhkan hari jumaat ni dengan aktiviti selain dari memerap dalam bilik tengok kartun naruto..hahahahah (ayat kat atas mcm nak bagi khutbah jumaat kan...hehehe)

pe aktiviti baby hari in...??

11.30 pagi
Broommm brooom dua orang budak perempuan ni memulakan harinya dengan menunggang motosikal ke satu destinasi. Destinasi yang dituju ini merupakan destinasi kunjungan ramai tetamu2 bukan shaja dari warga Terengganu itu sendiri tetapi juga luar dari negeri ini. Destinasi tersebut adalah pesta Jum Heboh yang berlangsung di Tapak Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin...ramai sekali pengunjung-pengunjung pesta ini walaupun mentari panas terik. banyak booth dilawati. ramai artis ditemui. budak perempuan tersebut telah melihat Johan(Botak), Aidid Marcello (mcm nk p ambik gmbr jer ngan mamat nih, tapi dia terlalu ensem kot..takutttt), artis2 mentor musim terbaru nih (Anas jer baby ingat nama hehehe),  & Maria Tengku Sabri, owh yer, jenguk gak kat booth whi, ternampak Fiza...hehehe

Buah tangan yang dua orang budak perempuan ni bawak balik adalah pek minuman Nestea, kain tudung and makanan..setakat jalan2 cuci mata..korang nak ajak p sana lagi, mintak maaf and ampun, budak perempuan tuh dah tak mahu..(baby dah cukup hitam dah..plus crowded giler kot...) 
habis sahaja mencuci mata dan mengalirkan wang di pesta ini, dua budak perempuan ini pun merempit pulang ke asrama tepat pkul 1.05 minit...budak perempuan tersebut adalah baby and Nazirah lah hehehe


tunjuk bukti p Jum Heboh hehehehe



2.00 petang
kelihatan 3 orang budak perempuan sedang berjalan-jalan menuju ke Masjid UniSZA, bukan tuk sembahyang jumaat tetapi untuk menyertai satu lagi aktiviti yang amat menarik iaitu Global March to Jurusalem atau GMJ singkatannya..Gmj merupakan acara antarabangsa melibatkan masyarakat seluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin serta melindungi Baitulmagdis sbgai kota suci. Program ni anjuran Kelab Unesco UniSZA dengan kerjasama Aqsa Syarif Berhad...selepas berarak dari Masjid UniSZA ke Dewan Almuktafi Billah Syah, 3 orang budak perempuan ni kemudian mendengar sedikit ceramah dan menonton video-video kekejaman Israel terhadap warga Palestin. Sungguh menyayat hati sehinggakan ada budak nangis...huhuhuhu program tersebut tamat pada pukul 4 petang..budak perempuan tersebut adalah Baby, Nazirah and Siti Aminah...


ni kat DABS
video



Buah tangan yang kitaorang bawak balik tuk program ni ialah, keinsafan dan kesyukuran...Amin, yang ni rasanya lebih teristimewa...

~~Al fitnatun, as syadhul mina khoit~~

huhuhuh...malam2 yang indah ni best gak lau buat luahan perasaan kan? hikhikhik..bukan per, arini benda yang 4 tahun lepas berulang kembali. dituduh yang bukan-bukan or dalam erti kata lain Fitnah@Slander..ceh, macam retis jer kan??? orang biasa cam baby ni pun kene gak taw, maybe baby ni ditahap retis kot hehehe..ok ok..mesti diari tertanya-tanya kan what happen? ..ok meh nak story skit..

kita kembali ke zaman 2009...

Semester pertama di UniSZA ni baby ada wat program ngan classmate. after program biasalah kita akan discuss apa maslh yg timbul kan. time ni maybe salah baby gak coz mulut baby ni agak over/tercelupar time tuh so adalah seorang hamba allah ni terasa hati. nak dijadikan story, hamba allah ni ceritalah kat seorang mamat ni perkara tersebut. the problem kat sini ialah, bukan sahaja cerita time discussi tuh, tapi ditambah perasa n perencah yang lain jugak termasuk lah perencah fitnah. pastu tak tahu mcamn ianya tersebar, kebanyakan classmate laki lam class boikot baby. bile baby masuk jer class, dengar sok sek sok sek, pandangan mata yang mengejek seolah-olah baby ni telah membunuh seseorang. almaklumlah hamba allah ni memang tersompan orangnya, pijak semut pun tak mati lau nengok tingkah lakunya. Allah tu maha adil, akhirnya kebenaran muncul. and mamat tuh pun dah mengaku salah...

kembali ke zaman 2012...

skunk ni plak, ermm situasi nyer tak adalah complicated sangat cume baby agak tersentap lah kan..ye lah, walaupun bukan tahap memfitnah lagi tapi dalam otak tu dah ada nama baby yang membawa maksud seolah2 baby yang sebarkan..baby tak kisah sebenarnya lau orang lain yang kata tapi this person adalah orang yang baby rasa sangat dekat dengan baby...(or maybe baby jer yang rasa gitu, dia tak kot?? erm who knows kan? Normally begitulah...) nak kata tak kenal baby, dah 4 tahun tuh..time mula2 dulu ye lah, tak rapat lagi, ni dah bleh bertepuk tampar, selalu hangout, rasenyer lau pempuan, bleh ajak tido umah kot still lagi tak paham baby macmana...ermm..

nasib baiklah dia ni tanya baby balik, adakah baby yang sebarkan cerita tersebut. baby dah jawab tadi tapi nak jawb kat diari sekali lagi and the answer " NO, I;M NOT THE PERSON WHO TALK ABOUT IT TO OUR JUNIORS, YOU GOT A WRONG PERSON" (capital letter siap, nak stress nyer kat sini k..) dan segala-gala telah diperjelaskan tadi, so kiranya masalah settle..actually bukan masalah pun bagi baby coz baby yakin baby dipihak yang benar. cam orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah kan..hehehe so PIECE NO WAR



moral of the story: ask first, dont' jump to the conclusion

p/s: saya sayang kamu Bell hehehehe
p/s lagi: esok p Jum Heboh KUALA TERENGGANU, yeayyyy JUMPA DI SANA...
p/s lagi-lagi: minggu depan cuti 1 minggu, yeayyy tak sabar nak blik jumpa mak..tapi ingat research kene jugak buat time tuh taw...hehehe

~~Mr & Mrs Weird~~


p/s: Baby: sye nak buat keje ni?
       En. Id: keje per?
       Baby: adalah...
       En. Id: owhh, rupenya tu lah keje awak ek? 
       Baby: nape nge awak ni tetiba jer marah?
       En. Id: owh pttlah setiap kali sye ajak smbang lama2 awk bgi alsan awk ad keje ni lah, tu lah..rupe-           rupenyer.....
        Baby: haaa, pe nih. awk jgn salah paham plak. awk ingat sye buat pe ha?
        En. Id: kenapa awak tak gitaw sye yang awk keje ngan Ultromen tuk selamatkan Jepun dari raksasa, lau tak bleh sye tulun...hehehehe
       Baby: (TERKEDU...bengong punyer pakwe, mentang2 baru lepas baca majalah Ujang...) 


~~Dark Side of Me~~


berhabuk gile dah diari ni baby tinggalkan, bukan apa mencari idea yg kreatif sikit tuk tulis entry. almaklumlah, diari ni ada orang kata membosankan huhuhuhu..ermm maybe hidup baby ni pun memang membosankan kottt...baby tak kisah pun, ye lah diari baby, ikut baby lah nak tulis per kan..but your opinion dihargai...ngeh ngeh ngeh..

setiap manusia ada kelemahan masing2 and kelemahan baby adalah sukar untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati...so tuk entry kali ni baby nak share kata2 yang berzaman baby pendam khas buat person-person (hahahha, ikutsukahatijernaktulisgitukan....) yang terpilih ni..{nama person-person ini tidak didedahkan demi menjaga ketatasusilaan}...mcamlah statement kat bawah ni menjaga tatasusila...hehehe

budak2 bawah 18 tahun kebawah dilarang membaca k(ad ker, underage kat diari nih hehehe)

__________________________________________________________________________________

Person A
kata hati baby: ko jangan nak berlagak sangat, mentang2 dah berjaya..hello...lau stakat tu jer jgan nak kerek nge ak k...sombong kau tuh ak tak hirau...kau cerdik atau dah berjaya mcmn sekalipun, tapi kau menyombong ngan orang buat per....ak tak kisah lah...yang ak paling bengang ngan kau ni, kau suka membodohkan orang...dah orang tuh, kekurangan disitu nak buat macmn. tunjuk ajar lah elok2..jgn ditengking, di herdik seolah2 ko tu expert dapat pangkat DR. lau setakat balajar tinggi tapi moral low buat per...MENGONGG

Person B
kata hati baby: tak paham, nape bodoh sangatlah ko nih. orang dah buat macam2 tapi still ko layan dia baik2..tak tahulah ak samada ko ni ada perasaan ke tak? ke otak ko dah penuh dengan tahi sampai jadi bengong camgitu...

Person C
kata hati baby: bengong punyer mangkuk, habis semua ko nak kebas kan..ko sedar tak dia tuh member ak. lau yer pun nak cari calon bini mithali, cuba belek elok2 diri sendiri tuh. lepas sorang2 ko try. tengok dari cara pun tak elok..zaman sekarang dah tak main mesej2 dah k. tu cara lapuk, kuno...mcam ko jugak..dah lah hipokrit, muka tak tahu malu...berapa puluh kali nasihat, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. ko ingat orang suka kat ko dengan perangai camgitu. tolong k. ko memang annoyingg....

Person D
kata hati baby: jgan pandang orang sebelah mata yer. ak susah makn ker, sush pakai ker, tu hal ak and family ak. ko org luar jgan nak masuk campur. apa ko tahu hal dalm umah ak?  berlagak kaya tapi hampeh. nak dibangga apa dengan  anak yang dah hancuss tuh...tak sedar diri, rumah kata pergi, kubur kata mari tapi still sibuk jga tepi kain orang...sejahat-jahat family ak, tak ada lagi anak2 keturunan bapak ak buat hal ngan jantan or betina taw. bukan mcm ko, yg jantan malas keje, main ngan tahik dadah, yg betina plak duk sibuk cari jantan hidung belang, tanggung hidup, pstu tergadai segala..tapi ko still tak sedar diri, manis jer mulut nak kata kat family ak...woiii orang tua, tengok isi dalam rumah kita dulu sebelum p jenguk kat tangga orang k...

__________________________________________________________________________________

ni lah ucapan yang baby nak ucap sangat kat person-person ni tapi tak pernah terkeluar dari mulut baby...bertahun simpan dalam hati...boleh jadi barah taw..bila dah keluarkan "the dark side of me" nih, hopefully, dendam yg tersimpan dah habis dibuang...bahaya taw...hehehe



nasib baik ada diari yang membosankan nih, boleh jugak di sharekan...Thanks diari for be there when i need you.....luar nmpk lembut tpi dlm ermmm...org kata hanya jauhari mengenal manikam...so En. Id, take this 5 year onward to know me better b4 you regret k...hehehe

p/s: terbentang luas johari window baby malam ni hehehe
p/s lagi: sembang nge rumate dari kul 10.30 sampai kul 1, tak sedar msa bergerak terlalu cepat sebb banyak sangt story yg best2 dikonsi...hehehehe
p/s lagi lagi: En. Id lau saya jadi burung awak nak jadi per???

~~Create the Memory Together~~

hyee diariess smua?? chat yer..alhamdulillah, baby pun sihat gak, tapi just now baru jer dapat phone call ffrom My Mum that she is not really well. Reason dia. "mok rindu kak" damm what should i do? balik umah lah jawapan dia hehehehe...so Insyaallah, lau tuhan pnjangkan umur, ari rabu ni baby balik umah ler..boringlah asyik story sal balik umah nih. ni story yang best. perkara ni terjadi kelmarin. pe dia??? cewahhh wat suspen sikit...ni diari tuk 2 hari dihimpunkan sekaligus ngehngehngeh...

Ahad (Mac 18/2012)
baby berpuasa hari ini..memang agak meletihkan. tapi bagus juga coz dapat rehatkan perut dari bekerje keras nih. Belle pun puasa gak. dia bagi cadangan bernas nak berbuka puasa ngan steamboat. baby on ja. so pergilah kami 4 orang semuanya termasuk Wan Mazrina and Mila yg follow kami tuk makan di Pulau Duyung. lau tak salah D'ganu nama restoran dia. Habis makan dengan kenyangnya, kami pun berangkat pulang ke kampus, dalam perjalanan tuh, terkeluarlah story sal pulut yang best di Tok Bali Kelantan. Nak dijadikan cerita, dengan pantasnya kami mengambil keputusan untuk merasai kenikmatan pulut tersebut..Sebelum tuh, kami mengajak geng2 yang segila ngan kami tuk join club gila ni jugak. antaranya ialah, Zack, Sapizi, Akmal and Ayie. kami berkonvoi dengan 2 buah kereta kelisa. hehehe..kul 10.45 cam gitulah bertolak, sampai sana pukul 11 lebih, makan2 sembang2 pastu bertolak balik sampai bilik kul 1.30 lebih kurang. kami masih boleh bergembira walaupun ada assignment yang harus dihantar keesokkanya..hehehe..so berhempas pulaslah baby siapkan kerje tersebut sehingga pukul 4 pagi..ngeh ngeh ngeh...

Isnin (Mac, 19, 2012)

class attend ikut jadual macam biasa just class event dibatalkan. tapi petang nih kami ada photoshoot taw. ye lah, budak semester akhir, kene banyak sikit gambar kenangan tuh..nanti susah dah nak kumpul balik..hehehe..sesi tuh berjalan dari pukul 2.30 sampai dekat pukul lima..best jugak..baby balik awal coz nak pergi submit assignment tuh, dlam kul 4 lebih camgitulah. kul 5 plak, kami mengadakan sesi bergambar sendiri di depan Gim plak ngehngehngeh..tapi yang ni bukan satu class ah. 5 orang jer iaitu Eza, Fiona, Siti, Wan Nor and opcorse selebriti kita baby lah hahahaha...

Moral of the diary: (ni segment baru ker?  hehehe) kita seharusnya mencipta dan mengambil peluang untuk mengabdikan memori-memori indah dengan kawan-kawan sementara masih tercipta peluang tersebut. kerana nanti, akan tiba waktunya memori tersebut dikenang kembali. Saat-saat indah pasti tersemat dihati.

p/s: gambar mana? kamera org lain, baby tak ada. nanti minggu depan baby collect ngan A.WanZul, baby upload ek..yang gambar kat Tok Bali tuh kat blog Akmal..nak curik tak baik plak kan hehehehe
p/s lagi: siapkan questionnaire..for parent plak nih...hehehehe
p/s lagi lagi: kain sulam bukit tinggi dinanti-nanti...hehehe

~~Selagi Ada Dia~~

diaries...yes, dipagi yang hening, baby nak kene siapkan proposal jemputan selebriti terkenal sempat lagi baby tulis entry baru tuk diari nih kan...hehehehe...nak buat macamana, idea mencurah-curah diladang gandum..hehehehe...

tengok tang tajuk, macam best jer kan..mesti korang suspect baby nak story sal kisah cinta En. Id ker,  tuh..ishhh, bukan, bukan and bukan..ini story ma, pasal itu baby punyer hobi ma..apa dia??? Mestilah hobi membaca novel...hehehe..ni title novel lah, karya Aisya Sofea. novel ni baby pinjam ngan member baby nama dia Siti Aminah Roslan aka CT..dia bagi 4 novel and disebabkan kesibukan yang teramat sangat, baby baru jer sempat baca satu nih..buku ni merupakan cetakan ke 8, mula-mula dikeluarkan ialah pada tahun 2008. so dikira buku ni memang ramai peminatnyer lah kan...but for me, buku ni biasa-biasa jer..lau diberi rate from 1 to 5 stars, i only give 2 and half..sory...buku ni mcam sakit hati jer bila dibacanya...that my personal view lah kan..Kenapa? apa yang berlaku?? ok, jum baby story sikit...

ni koleksi novelnyer...


ni plak novel Selagi Ada Dia duabintangsetengah **

Novel dia pada mulanya penulis banyak terapkan elemen imbas kembali. Watak utamanya Arianni teringat kenangan kat kampung yang membuatkan dia membawa diri keluar negara. kat atas flight, dia teringat kes dia jatuh cinta kat pakwe kakak dia sendiri tanpa dia sedari. kes nyer, si Haris tuh berkenan kat dia after xcident. Haris try pikat dengan meletakkan phone dalam kereta Arianni ni, pastu tuduh Arianni ni curik and paksa pulangkan. Dalam masa yang sama si Hariz ni selalu ambik kakak Arianni ni Malini namanya anta pergi kerje. sebelum tuh, Arianni sememangnya sudah fall in love ngan Hariz tapi sebb kakak dia punyer dia senyapkan jer lah.  Arianni masa time ni tak taw lagi yg pemilik phone tuh adlah Hariz. so dia pun set date tuk pulangkan phone tuh. tup tup bila jumpe si Hariz nih, barulah Hariz terangkan kenapa dia sengaja tingglkan phone lam kereta Arianni coz sbnrnya Hariz dah jatuh cinta kat dia.

mereka berdua pun bercouple tapi dalam senyap coz family Arianni taw yang Hariz ngan Malini bukan Arianni. Arianni pernah memujuk Hariz tuk berterus-terang tapi Hariz ni kata belum masanya lagi. nak dipanjangkan story, one day, diaorang terkantoi. teruk dimarahi ayah and kakak dia. kebetulan plak dapat surat tawaran belajar di Oxford, so Arianni membawa diri kesana. 

kemudian Arianni terima email from kakak ipar dia bagitaw yang mak and ayah dia sakit. so dia pun balik lah ke kampung halaman. dalam flight tuh dia jumpa ngan Idris, duda kematian isteri. dalam flight ni lah Arianni ceritakan sambil imbas kembali what happen to her..walaupun tak kenal but she rasakan selesa bercerita. sampai di Malaysia, mereka still contact. ayah Arianni kene angin kot (not explain ngan jelas or maybe baby skip time nih hehehe) sbb duk atas wheelchair and segala makan pakai diuruskan oleh mak Arianni. Ayah dia ni angin sikit, suke marah2 and kadang-kadang lupa ingatan. time arianni balik tuh, dia ingat Arianni orang gaji dia lagi. time dia ingat, dia pasti marah kat Arianni and tuduh merampas kekasih akaknyer. yang pelik and musykilnyer, Hariz and Malini ni still lagi couple you olllzzzz. Hariz tuh macam bengongggg jer, time Arianni p sambung belajar, langsung tak dihantar, langsung tak bertanya khabar tapi bile dah taw balik, mula lah kata rindu lah, still sayng lah..last2 Arianni tak layan langsung. padan muka ko...

next what happen?? erm arianni fall in love wif Idris. Idris pun sama tapi macm biasalah, slah faham sana n sini, Si Malini keje ngan Idris time Malini break dah ngan Haris. korang paham-paham sendiri lah tipikal cerita cinta novel nih...(dush dush!!, mahu kene saman di peminat Aisya Sofea nih..) nak dijadikan cerita lagi, mak Arianni ni merasa bersalah ngan family Haris and suruh Arianni kahwin ngan Haris. (time ni baby dah start maki hamun watak mak Arianni yang bengong tahap gaban tuh...) si arianni ni plak, nk tunjuk anak solehah, ckap dia terima jer pinangan sesiapa pun (lagi kene maki hamun, nasib baik watak rekaan jer, lau betul dah berbakul dosa baby kumpul taw..). tapi korang faham lah kan, mana ada novel sad ending, time nikah tuh, rupenyer bukan si Hariz suaminya Arianni, mestilah si Idris. kuang kuang kuang...and baby dah stop baca time  tuh kerana kemenyampahan terhadap novel ni. sory penulis Aisya Sofea, buku Jendela Hati jer buat masa sekarang memang worth dibaca..yang ni memang, ermmm not so coolll babe....

ni lah yang boleh baby ceritakan tuk korang. buku novel melayu ni untuk membelinya memang ada risiko. ye lah, nama kekadang femes tapi bila baca buku, macam hampeh pun ada..cuma lau karya Ramli Awang Murshid jer yang memang setiap keluaran novelnyer mesti baby nanti-nantikan. baby tak adalah kata semuanya best, macam Rayyan Fantasi and 9 nyawa tuh tak berapa nak best gak heheheh..but, yeahh, tulah baby kata memang kene tanggung risiko lah yer...by the way, tak kira buku local ker or international ka, rajin2 lah membaca k...

p/s: jumpe En. Id yang tak ensem tuh... En. Id: sye p jakarta esok?
                                                                   Bby: buat per?
                                                                    En. Id: panjat gunung ngan team.
                                                                   Bby: owh..gunung apa? lama ke pergi?
                                                                    En. Id: gunung sahari. 4 hari jer.
                                                                   Bby: ermmm ok..(sambil buat muka tak izin p...waaaa)
p/s lagi: questionnaire, proposal and report...last2 naruto jugak dilayannyer...hehehehe