~~SAYANG KORANG~~

~~Panggil aku YANI~~

salam...
 
korang pernah kenal tak sesiapa yang bernama Yani? ataupun korang pernah jumpa tak orang yang bernama ni? Macamana orangnya? Memang ada orang yang bernama Yani ni..tapi tak ramai kan..nama penuhnya mungkin berbeza tapi panggilan Yani tetap sama. dulu masa sekolah tak ada pun orang yang nama panggilannya Yani.
Bagi aku yang panggilan Yani ni amat janggal. tak tahu kenapa? bukan sahaja janggal tapi tak suka pun. Mula tertanya-tanya, daripada mana Mak boleh cari nama Yani nih? Pakai hentam keromo jer ker, bukak kamus ker? kalau bukak kamus, kamus bahasa apa lah yer? and apa lah maknanya?

tapi lama kelamaan, aku dah boleh terima nama ni. baru aku tahu yang mak ak bukak kamus Greek hahahaha..Lain daripada yang lain. dan yang lain itulah membuatkan aku unik.(uniklah sangat kan hahaha). nak dijadikan cerita yang nama Yani ni pun sebenarnya popular jugak..hehehe...jeng jeng jeng..

korang kenal insan hensem kat atas ni..ni lah Yani. hahahaha seorang pemain piano, komposer, dan producer muzik yang terkenal. lau korang nak kenal lebih korang baca sendiri pasal insan ni kat SINI k. untuk pembaca tersayang sekalian, saksikanlah kehebatan Yani ni yer..


aku nak letak video kat cni, tpi line agak lembap and my Mum pun dah panggil so korang rerajin lah sendiri klik kat SINI  K.amacam best tak? kalau best, sila tepuk tangan sorang2..heheh

ok lah, itu sahaja untuk hari ni..Selamat malam semua. Semoga hari esok lebih baik daripada hari ni. Amin..

p/s masa untuk membalas jasa ibu yang menjaga kita ketika sakit..Alhamdulillah, masih berpeluang untuk itu..
p/s Parlimen dah bubar, tak sabar nak pergi mengundi buat kali pertama nih..siapa pilihan hati? huhuhu UNDI ITU RAHSIA hahahaha

That Winter the Wind blows & King of Ambition



salam semua rakan blogers..dah lama yani tak menulis di sini kan. maaflah yer kekangan masa. mintak maaf banyak-banyak.

Korang suke tengok cerita korea tak? uish yani time zaman belajar dulu sanggup bersengkang mata tengok cerita korea ni. apa-apa tema asalkan jalan cerita yang menarik yani akan tengok. tambahan pula member suggest cakap cerita itu best, ini best. memang akan pergi cari. suka pada cerita korea ni tak habis zaman belajar jer. Duk umah pun layan korea jugak. cerita yang yani layan kat rumah sekarang ialah That Winter the Wind Blows dan King of Ambition. besttt ooo cerita ni..


pelakon cerita ni ialah Jo In-sung, Song Hye kyo, Hee Bum and dll. Jalan cerita dia amat menarik. lau korang nak taw korang tengok lah yer kat channel 391 or 392 hari rabu and khamis pukul 9..yani tak leh nak download coz pkai broadband nnti line jdi teramat slow. so kne tengok ikut television sahaja. satu lagi cerita ialah King of Ambition.

.
cerita ni pun teramat best. satu family tengok cerita ni. mula2 start tengok cerita ni, mak bukan main marah, tapi sekarang dia yang tolong peringatkan. hahahaha...cerita ni dibintangi oleh pelakon Kwong San Woo, Soo Ae, U Know Yunho,Kim Sung Ryung and dll. cerita ni pasal matlamat ataupun cita-cita yang dikejar oleh seorang wanita sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh. cerita ni korang boleh tengok kat channel 393 S one kul 9 malam waktu Malaysialah kan..hahaha...korang tengok lah, best taw..huhuhu

p/s mencari dan terus mencari tanpa henti..harus mencari walaupun ianya tidak pasti..
p/s susah nak mencari keihlasan, yang ad cume insan yang bernama Ikhlas..tu pun tak jumpa gak lagi..
p/s tema harini ialah mencari yer..hehehe