~~SAYANG KORANG~~

~~nOveL vs MoviE OmbaK rINdu~~

assalamualaikum...

tak hengat dunia tul baby ni, esok nak periksa sempat lagi layan citer Ombak Rindu yg diambil dari classmate..huhuhu releks ah, petang camgini otak dah beku dah. alasan semata-mata tuh...walaupun dah lama movie ombak rindu ni kuar and dah berlambak orang komen tntang benda ni tak pelah, baby memang slow sikit pun..huhuhu tengok tang tajuk darl-darl semua yer,..so baby nak wat perbezaan sikit antra novel yang baby dah khatam almost sepuluh kali baca ngan cerita yg baru kejap habis tengok..

1.dalam novel and movie yes Izzah dijual oleh Pak Cik Taha tuk byar hutang coz pak cik Izzah ni memang kuat judi, tapi dalam novel, Mak Cik Izzah pun setuju suruh Izzah keje di Kolumpo nun bukan dia menghalang macam dalam movie tuh. Mak Cik tuh dalam novel, sihat walafiat jer siap boleh tengking, pukul Izzah lagi..beza, beza sesangat kan kan kan..

2. Umah Izzah yg kat Kg 2 actually jauh dari kawasan orang and bukan cam lam movie, kat tepi sungai tuh..sepanjg baby baca novel tuh, tak adalh plak kata Pak Cik Taha ni nelayan huhuhu

3. Izzah tak kawn pun ngan Mail coz sebnrnya Izzah pernah menuduh Mail cuba merogolnya..lam novel, time tuh mail mmg taruh hati kat Izzah, siap ngintip Izzah lagi, but that night tengah syok intip Izzah, mail nmpk yg P.Cik Izzah nak merogol Izzah..so dia selamatkan Izzah. Izzah ni plak telah diugut oleh p.ciknyer supaya menyalahkan mail. so Mail ni dikeluarkan dari kG. beza gile dari movie yg kata berkawan rapat tuh..

4. Izzah tak ngajar budak ngaji, Izzah kerje kilang...huhu

5. Izzah ditempatkan Hariz di kondominium coz Hariz tak mahu Izzah berkawan n bercerita kat jiran-tetangga pasal diaorg lau ikut novel tuh lah bukan kat rumah yg kayu, macam Homestay gitu..haa beza lagi tuh...

6. time malam Izzah dibawa jupe Kelvin tuh, time tuh Hariz tak knl Izzah lagi. Izzah sempat keje jadi pelayan taw. Hariz mula nak kan Izzah coz Izzah selalu menolak bile Hariz ajak sembang n layan dia. Hariz ni ego tinggi sikit, so ble prmpuan macam Izzah (konnnya rendahlah standard), dia balas dendam after berpakat ngan Kelvin bagi Izzah minum ubat yg melalikan..

7. Izzah tak sambung belajar pun, camana bleh tetiba bleh masuk kerje jadi S/U lagi tuh..lam novel izzah smbung belajar taw, berkawan ngan Mastura n pernah ada lelaki cuba ngorat izzah. sampai Hariz sanggup belasah lelaki tuh..bgi baby event ni pentng gak, coz menunjukkn Izzah seorang yg setia plus sayangnyer Hariz kat Izzah huhuhu

8. Datok Suffiyah tak tahu pun yg time Izzah mula kerje tuh Izzah ni kekasih/isteri Hariz. lama sikit baru dia tahu selepas dia upah org suruh intip hariz. yg gambr hariz n Izzah bru sudah belajr memandu lam movie tuh tak ada actually. Gmbr diambil from apartment lah time Izzah n Hariz sedang bermanja-manja..hehehe

ishhh letih tangan duk tulis perbezaan nih taw. Baby bukan nak komen apa coz mesti ada sebab musabab scene-scene tersebut ditukar kan. Maybe nak cut masa, cut budget or pa pe lah kan but bagi Baby pembaca novel Ombak Rindu yg dah khatam sepuluh kali ni agak terkesima lah bila dialihkan dari novel ke movie simple sangat cite dia..Yes, citer ni mendapat kutipan tinggi, ramai org suka tengok tapi ermm baby akan tengok sekali jer lah, tak macam novel, walaupun 10 kali baca, 10 kali gak menangisnyer...part paling sedey time Hariz pukul Izzah coz ingat Izzah mengandung tuh..Hariz tolak Izzah sampai luka kepala taw..sebab tuh dia pengsan plus dia demam..bukan sebab period cam lam movie tuh..huhuhuhu

by the way, congrats tu Osman Ali diatas movie arahan beliau yg mendapat keuntungan lumayan...

p/s: baby tak nangis pun tengok citer ni, frust adalah...huhuhu
p/s: pening kepala duk study nih...Madam, sye ambik yg basic jer, nak terjun dalam2 memang nnti jadi langsung tak paham hahaha
p/s lagi: rumate sye jadi kelawargirl tadi hahaha...

No comments: