assalamualaikum..
diariess chat? huhuhu
baby pun chat gak..terlampau sihat lagi hehehe
sekarang ni banyak kita baca paper kisah anak derhaka, anak pukul mak, cucu pukul nenek..kesian kan? ada lagi kat dunia ni orang yang macam tuh hmmm..
entry kali ni baby serius ckit, ckit ja lah hehehe
bukan pe, tak tercapai pikiran baby ni, macamana seseorang anak boleh pukul ayah, ibu? erm cuba diariess fikir..sedangkan diaorang yang melahirkan kita, membesarkan kita, beri kita pendidikan..banyak lagi lah..sampai tujuh keturunan pun kita tak mampu nak balas jasa mereka..so buat diariess semua, kat bawah ni ada satu story yang baby rasa begitu berkesan kat diri baby sendiri tentang kasih sayang seorang ayah kepada anaknya..
"hello, abah..ma lapar..dua hari dah ma makan nasi dingin (nasi yang semalam punyer)..Lan tak kirim agi duit ke ma..Ma lapar bah..(sambil teresak-esak).."
selepas mendapat panggilan telefon dari anak sulungnya Ma, Abah terduduk di kerusi. dia sedih megenangkan anak kesayangannya. Abah mengesat air mata pilu.
"Tom, rumah kita ada beras, gula, garam jadi bungkus semua yang ada kat dapur tu. Abah nak keluar kejap ni. Kamu bersiap ah, kita pergi rumah Ma"
Abah tidak lama kemudian, pulang dengan menaiki sebuah kereta yang dipinjam dari kawannya. Dengan segera Abah dan Tom menuju ke rumah anak mereka. Abah memecut keretanya. Abah takut anaknya jatuh sakit.abah tidak mahu anaknya menderita. Sesampai dirumah Ma, dengan perlahan salam diberikan. Dari dalam rumah, salam dijawab. suara itu kedengaran terlalu letih, tidak bermaya, dan masih dalam esakan.
pintu rumah dibuka. Apabila melihat Abah didepan pintu, Ma tergamam lantas memeluk Abah dengan kejapnya.
"Abah mari rumah ma...ma malu nak jemput abah masuk..rumah ma kene potong bekalan api, surat bekalan air pun dah warna merah..gula nak buat air pun tak ada bah.." dengan teresak-esak Ma menceritakan kepada Abahnya..
Abah mengeluarkan sampul surat dan menyuruh Tom keluarkan barang dari kereta.
"ni duit buat anak abah..jangan susah hati, abah masih ada"
pesan baby kasih sayang mak & ayah amat besar pengertiannya. walaupun sanggup menadah tangan meminta sana sini, tapi untuk anak-anak mereka sanggup..mereka tidak kisah diherdik, tidak kisah dicemuh, tidak kisah dicaci asalkan anak-anak hidup bahagia...
p/s Sayangilah ibu-bapa anda..(Aboh, kak rindu aboh..AL-FATIHAH)