~~SAYANG KORANG~~

~~Tanggungjawab~~

fuhh..fuhh!! dah berhabuk diari baby nih kan..huhu nak buat macam mana, walaupun class baby just 2 hari tapi schedule baby mengalahkan PM kita taw..ke sana, ke sini, buat surat, segala bagai..apa boleh buat dah jadi tanggungjawab..Namun, sebagai insan biasa yang memang banyak kelemahan, baby tak mustahil boleh teralpa daripada melaksanakan tanggungjawab nih..

wahh, macam serius jer kan bunyi entry kali nih..yes, it is true. Bukan apa tak salah lau kita muhasabah diri, tahu kelemahan diri supaya dapat kita betulkan untuk jadi yang lebih baik..tu memang ajaran agama kita kan...ini adalah dua tanggungjawab baby...yang mana salah satu daripadanya terpaksa dilepaskan..

1. For this semester, baby ambik subject Event Management taw. yeahh, time diploma dolu-dolu dah ambik, time degree ni kene ambik plak. nak transfer kredit katanya tak boleh coz silibus berbeza.. tak pe lah, belajar mana pernah ada term rugi kan?? so in this subject, kitaorang kene handle event. kitaorang nak buat Motivation Talk. adalah tokoh2 or selebriti yang dijemput tuh. baby diberi kepercayaan oleh Ketua Pengarah @ Angah @ Siti Ammarah tuk jadi S/U II. ni memang tanggungjawb yang besar kan..

2. 16/3 nnti pasukan Koir UniSza dibawah kelolaan Najihan Syuhaida@my friend@my classmate akan mengadakan persembahan di pantai batu burok. two week ago Jihan, invite baby to join this, since tak cukup korum. ye lah pasukan koir nak ramai orang tambahan plak budak2 diploma semua ramai dah balik since dah cuti. so baby pun memikul lah tanggungjwab ni memandangkan Jihan betul2 memerlukan orang. kesian tengok muka seposen dia tuh..huhuhu..gipun bila lagi nak melalak praktis depan orang nih kan..tunjuk bakat terpendam katakan heheheehe...

BUT, apabila 2 3 minggu baby memegang tanggungjawab ni, baby merasakan baby harus melepaskan satu daripadanya kerana ianya memerlukan komitmen yang amat tinggi. Sebagai S/U kursus subjek, ianya tidak boleh dipandang ringan kerana ada sahaja perkara yang perlu dibuat. Tambahan pula minggu ini yang memerlukan banyak aktiviti surat-menyurat, email-mengemailan (term baru muncul hehehe), berjumpa dengan orang/tokoh tertentu..memang berat. begitu juga dengan pasukan koir, semakin dekat tarikh persembahan, semakin banyak latihan yang perlu dibuat. tambahan pula, pemantauan dari orang kuat Pusat Seni Warisan (PSW), baby wajib hadir ke semua latihan.

HOWEVER, baby akui hasil dari MUHASABAH DIRI..baby tak mampu. Baby lemah. Tidak bijak membahagi masa@masa terlalu pendek untuk dibahagikan...baby bukan multitask punyer person..(malam ni acara kutuk diri sendiri hukhukhuk)

KEPUTUSANNYA, baby melepaskan tanggungjawab sebagai ahli KOIR untuk memberikan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja wajib seorang setiausaha. kepada Jihan, maafkan baby coz mengecewakan awak. Baby harap Jihan dapat terima alasan baby nih..



moral of the story: muhasabah diri tuk tahu kelemahan diri..

p/s: minggu yang amat pack, hari khamis ad present tuk clas Event..Wish me luck yer diariesss
p/s lagi: bila bertentang mata, lidah kelu membisu, namun bila bergayut kat phone, macam hantu tergelak terlolong..(cewah, siap pantun best tuh..hehehe)
p/s lagi2: tak tahu lagi bila boleh hupdate ini diaries...so, peace menunggu k...

No comments: