~~SAYANG KORANG~~

~~Amanah~~


berhabuk lagi diari baby ni kan...mintak maaf banyak-banyak yer...baby betul-betul sibuk..di Kuala Terengganu hari ni cuacanya amat mendung sekali. sejuk..damai...menenangkan.

tapi berita yang didengari pagi ni membuatkan segala keindahan tersebut hilang...dimamah manusia yang tidak kenal nilai tanggungjawab...

tolonglah..jangan jadi manusia seperti itu. anda sudah diberi tanggungjawab tersebut. anda seharusnya melaksanakan dengan baik. jangan pula kerana anda tidak mampu, kemudian anda meletakkan kesalahan pada orang lain. ini tidak adil. amat tidak adil. 

anda banyak menyusahkan orang, menipu, memfitnah..tidak letihkah anda..tidak penatkah anda..tambah lagi satu dosa yang besar, anda tidak amanah..tidak sedarkah anda? anda bijak menuturkan kata-kata, tapi sebalik penuturan itu segalanya penipuan..anda mencipta penipuan demi menutup sebuah lagi penipuan...

baby bukanlah seorang yang bijak memberi nasihat. namun seandainya ruang dan penulisan ini memberi hidayah kepada anda. Alhamdulillah...

No comments: