~~SAYANG KORANG~~

~Apa jawapan dua puteraku itu?~



Assalamualaikum....
Entri kedua tuk hari ini. Alhamdulillah...
Tadi, baby ada membaca buku Mastika. baby memang gemar baca buku ni kerana banyak cerita didalamnya. baby begitu tertarik dengan satu cerita ini...

Ianya sebuah kisah tentang Khalifah Harun Ar-Rasyid dimana merupakan khalifah Bani Abassiah. Baginda memperoleh dua orang putera bersama permaisurinya iaitu Al-Makmun dan Al-Amin.Kedua-dua orang puteranya itulah yang bakal menggantikan baginda sebagai khalifah. Tetapi soalnya, siapa yang paling layak?  

Sebagai persediaan mengambil alih jawatan, Khalifah Harun memberikan didikan yang sempurna kepada putera-puteranya. Para cendikiawan dari seluruh pelosaok dunia juga dipanggil untuk memberi ilmu kepada Al-Maknun dan Al-Amin.

Suatu hari, Khalifah Harun memanggil semua guru putera-puteranya dan meminta mereka memberikan pandangan siapa yang sepatutnya menggantikan tempat baginda. Kesemua guru tersebut bersepakat mengatakan, Al-Maknun. Para pembantu kedua-dua orang puteranya juga dipanggil dan ditanya pandangan mereka dan bersetuju menyatakan Al-Maknun yang paling layak.

Tetapi benarkah? Khalifah Harun ingin menyelidik lebih dalam, lantas memanggil ketua pengasuh Al-Amin.
"Wahai wanita budiman, cuba kau berpura-pura kepada puteraku Al-Amin, kononnya kau telah diberitahu bahawa jawatan khalifah akan diberikan kepadanya. Lihat bagaimana sikapnya nanti".
Arahan yang sama diberikan juga kepada pengasuh Al-Maknun.

Apabilaketua pengasuh Al-Amin pulang selepas menyempurnakan arahan tersebut, Khalifah Harun terus bertanya tentang reaksi puteranya itu. Jawab pengasuh tersebut...
"Wahai Amirul Mukminin, Al-Amin berjanji akan memberiku hadiah yang sangat besar seandainya dia menjadi khalifah kelak".
Baginda Harun terkejut mendengar jawapan puteranya itu. Dia mengalihkan pandangan kepada pengasuh Al-Maknun pula.
"Bagaimana sikap puteraku itu?" tanya Khalifah Harun.
"Wahai Amirul Mukminin, puteramu itu amat berduka cita apabila mendengar berita itu. Al-Maknun berkata, dengan penggantian jawatan, ini bererti kematian ayahandanya".

Khalifah Harun tersenyum, memang Al-Maknun layak menggantikannya.  

(sumber Mastika, Julai 2008)

p/s renung-renungkanlah..

No comments: