bagi baby amat susah seseorang itu mahu mengaku kelemahan diri sendiri. ni kan pula mahu dipaparkan dikhalayak ramai. mungkin bimbang tercalar maruah.
namun bagi baby, tak salah mengakuinya. kadang-kala kelemahan itu adalah kelebihan pada diri kita. Siapa kita untuk mengetahui yang tersirat sebaliknya kan...
Dendam
salah satu sifat diri baby. sifat ini memang tidak baik sebenarnya. dendam ini lahir dari perasaan benci dan marah dan kita pendam sehingga sampai suatu waktu ianya akan dimuntahkan. ya, ianya juga lahir dari perasaan tidak puas hati. Perasaan ini dirasakan tidak kira pada sesiapa pun termasuklah keluarga sendiri. tetapi adakah berdendam ini memberi kesan negatif kepada kita. Bagaimana jika baby berdendam pada adik, namun baby berusaha untuk membalasnya dengan menjadi seorang kakak yang lebih baik? Bagaimana jika baby berdendam dengan rakan sekelas yang berjaya, dan baby berusaha membalasnya dengan menunjukkan result yang lagi baik? Bagaimana?
bagi baby, jika ianya memberi kesan positif kepada diri dan juga sekitar, dendam itu wajar. Namun, jika dendam itu menjahanamkan orang sekeliling, jauhilah ia dengan Kemaafan kerana ubat untuk Dendam adalah sebuah Kemaafan...
p/s: betulkan dengan tertib jika saya salah....
p/s lagi: a quite serius entry this time...hehehehe
Hari jumaat hari yang ditunggu-tunggu oleh kaum muslimin sekalian. Alhamdulillah, tidak sia-sia Jumaat ni bagi baby hari ini. bukan per, baby penuhkan hari jumaat ni dengan aktiviti selain dari memerap dalam bilik tengok kartun naruto..hahahahah (ayat kat atas mcm nak bagi khutbah jumaat kan...hehehe)
pe aktiviti baby hari in...??
11.30 pagi
Broommm brooom dua orang budak perempuan ni memulakan harinya dengan menunggang motosikal ke satu destinasi. Destinasi yang dituju ini merupakan destinasi kunjungan ramai tetamu2 bukan shaja dari warga Terengganu itu sendiri tetapi juga luar dari negeri ini. Destinasi tersebut adalah pesta Jum Heboh yang berlangsung di Tapak Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin...ramai sekali pengunjung-pengunjung pesta ini walaupun mentari panas terik. banyak booth dilawati. ramai artis ditemui. budak perempuan tersebut telah melihat Johan(Botak), Aidid Marcello (mcm nk p ambik gmbr jer ngan mamat nih, tapi dia terlalu ensem kot..takutttt), artis2 mentor musim terbaru nih (Anas jer baby ingat nama hehehe), & Maria Tengku Sabri, owh yer, jenguk gak kat booth whi, ternampak Fiza...hehehe
Buah tangan yang dua orang budak perempuan ni bawak balik adalah pek minuman Nestea, kain tudung and makanan..setakat jalan2 cuci mata..korang nak ajak p sana lagi, mintak maaf and ampun, budak perempuan tuh dah tak mahu..(baby dah cukup hitam dah..plus crowded giler kot...)
habis sahaja mencuci mata dan mengalirkan wang di pesta ini, dua budak perempuan ini pun merempit pulang ke asrama tepat pkul 1.05 minit...budak perempuan tersebut adalah baby and Nazirah lah hehehe
tunjuk bukti p Jum Heboh hehehehe
2.00 petang
kelihatan 3 orang budak perempuan sedang berjalan-jalan menuju ke Masjid UniSZA, bukan tuk sembahyang jumaat tetapi untuk menyertai satu lagi aktiviti yang amat menarik iaitu Global March to Jurusalem atau GMJ singkatannya..Gmj merupakan acara antarabangsa melibatkan masyarakat seluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin serta melindungi Baitulmagdis sbgai kota suci. Program ni anjuran Kelab Unesco UniSZA dengan kerjasama Aqsa Syarif Berhad...selepas berarak dari Masjid UniSZA ke Dewan Almuktafi Billah Syah, 3 orang budak perempuan ni kemudian mendengar sedikit ceramah dan menonton video-video kekejaman Israel terhadap warga Palestin. Sungguh menyayat hati sehinggakan ada budak nangis...huhuhuhu program tersebut tamat pada pukul 4 petang..budak perempuan tersebut adalah Baby, Nazirah and Siti Aminah...
ni kat DABS
Buah tangan yang kitaorang bawak balik tuk program ni ialah, keinsafan dan kesyukuran...Amin, yang ni rasanya lebih teristimewa...
huhuhuh...malam2 yang indah ni best gak lau buat luahan perasaan kan? hikhikhik..bukan per, arini benda yang 4 tahun lepas berulang kembali. dituduh yang bukan-bukan or dalam erti kata lain Fitnah@Slander..ceh, macam retis jer kan??? orang biasa cam baby ni pun kene gak taw, maybe baby ni ditahap retis kot hehehe..ok ok..mesti diari tertanya-tanya kan what happen? ..ok meh nak story skit..
kita kembali ke zaman 2009...
Semester pertama di UniSZA ni baby ada wat program ngan classmate. after program biasalah kita akan discuss apa maslh yg timbul kan. time ni maybe salah baby gak coz mulut baby ni agak over/tercelupar time tuh so adalah seorang hamba allah ni terasa hati. nak dijadikan story, hamba allah ni ceritalah kat seorang mamat ni perkara tersebut. the problem kat sini ialah, bukan sahaja cerita time discussi tuh, tapi ditambah perasa n perencah yang lain jugak termasuk lah perencah fitnah. pastu tak tahu mcamn ianya tersebar, kebanyakan classmate laki lam class boikot baby. bile baby masuk jer class, dengar sok sek sok sek, pandangan mata yang mengejek seolah-olah baby ni telah membunuh seseorang. almaklumlah hamba allah ni memang tersompan orangnya, pijak semut pun tak mati lau nengok tingkah lakunya. Allah tu maha adil, akhirnya kebenaran muncul. and mamat tuh pun dah mengaku salah...
kembali ke zaman 2012...
skunk ni plak, ermm situasi nyer tak adalah complicated sangat cume baby agak tersentap lah kan..ye lah, walaupun bukan tahap memfitnah lagi tapi dalam otak tu dah ada nama baby yang membawa maksud seolah2 baby yang sebarkan..baby tak kisah sebenarnya lau orang lain yang kata tapi this person adalah orang yang baby rasa sangat dekat dengan baby...(or maybe baby jer yang rasa gitu, dia tak kot?? erm who knows kan? Normally begitulah...) nak kata tak kenal baby, dah 4 tahun tuh..time mula2 dulu ye lah, tak rapat lagi, ni dah bleh bertepuk tampar, selalu hangout, rasenyer lau pempuan, bleh ajak tido umah kot still lagi tak paham baby macmana...ermm..
nasib baiklah dia ni tanya baby balik, adakah baby yang sebarkan cerita tersebut. baby dah jawab tadi tapi nak jawb kat diari sekali lagi and the answer " NO, I;M NOT THE PERSON WHO TALK ABOUT IT TO OUR JUNIORS, YOU GOT A WRONG PERSON" (capital letter siap, nak stress nyer kat sini k..) dan segala-gala telah diperjelaskan tadi, so kiranya masalah settle..actually bukan masalah pun bagi baby coz baby yakin baby dipihak yang benar. cam orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah kan..hehehe so PIECE NO WAR
moral of the story:ask first, dont' jump to the conclusion
p/s: saya sayang kamu Bell hehehehe
p/s lagi: esok p Jum Heboh KUALA TERENGGANU, yeayyyy JUMPA DI SANA...
p/s lagi-lagi: minggu depan cuti 1 minggu, yeayyy tak sabar nak blik jumpa mak..tapi ingat research kene jugak buat time tuh taw...hehehe
berhabuk gile dah diari ni baby tinggalkan, bukan apa mencari idea yg kreatif sikit tuk tulis entry. almaklumlah, diari ni ada orang kata membosankan huhuhuhu..ermm maybe hidup baby ni pun memang membosankan kottt...baby tak kisah pun, ye lah diari baby, ikut baby lah nak tulis per kan..but your opinion dihargai...ngeh ngeh ngeh..
setiap manusia ada kelemahan masing2 and kelemahan baby adalah sukar untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati...so tuk entry kali ni baby nak share kata2 yang berzaman baby pendam khas buat person-person (hahahha, ikutsukahatijernaktulisgitukan....) yang terpilih ni..{nama person-person ini tidak didedahkan demi menjaga ketatasusilaan}...mcamlah statement kat bawah ni menjaga tatasusila...hehehe
budak2 bawah 18 tahun kebawah dilarang membaca k(ad ker, underage kat diari nih hehehe)
kata hati baby: ko jangan nak berlagak sangat, mentang2 dah berjaya..hello...lau stakat tu jer jgan nak kerek nge ak k...sombong kau tuh ak tak hirau...kau cerdik atau dah berjaya mcmn sekalipun, tapi kau menyombong ngan orang buat per....ak tak kisah lah...yang ak paling bengang ngan kau ni, kau suka membodohkan orang...dah orang tuh, kekurangan disitu nak buat macmn. tunjuk ajar lah elok2..jgn ditengking, di herdik seolah2 ko tu expert dapat pangkat DR. lau setakat balajar tinggi tapi moral low buat per...MENGONGG
Person B
kata hati baby: tak paham, nape bodoh sangatlah ko nih. orang dah buat macam2 tapi still ko layan dia baik2..tak tahulah ak samada ko ni ada perasaan ke tak? ke otak ko dah penuh dengan tahi sampai jadi bengong camgitu...
Person C
kata hati baby: bengong punyer mangkuk, habis semua ko nak kebas kan..ko sedar tak dia tuh member ak. lau yer pun nak cari calon bini mithali, cuba belek elok2 diri sendiri tuh. lepas sorang2 ko try. tengok dari cara pun tak elok..zaman sekarang dah tak main mesej2 dah k. tu cara lapuk, kuno...mcam ko jugak..dah lah hipokrit, muka tak tahu malu...berapa puluh kali nasihat, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. ko ingat orang suka kat ko dengan perangai camgitu. tolong k. ko memang annoyingg....
Person D
kata hati baby: jgan pandang orang sebelah mata yer. ak susah makn ker, sush pakai ker, tu hal ak and family ak. ko org luar jgan nak masuk campur. apa ko tahu hal dalm umah ak? berlagak kaya tapi hampeh. nak dibangga apa dengan anak yang dah hancuss tuh...tak sedar diri, rumah kata pergi, kubur kata mari tapi still sibuk jga tepi kain orang...sejahat-jahat family ak, tak ada lagi anak2 keturunan bapak ak buat hal ngan jantan or betina taw. bukan mcm ko, yg jantan malas keje, main ngan tahik dadah, yg betina plak duk sibuk cari jantan hidung belang, tanggung hidup, pstu tergadai segala..tapi ko still tak sedar diri, manis jer mulut nak kata kat family ak...woiii orang tua, tengok isi dalam rumah kita dulu sebelum p jenguk kat tangga orang k...
ni lah ucapan yang baby nak ucap sangat kat person-person ni tapi tak pernah terkeluar dari mulut baby...bertahun simpan dalam hati...boleh jadi barah taw..bila dah keluarkan "the dark side of me" nih, hopefully, dendam yg tersimpan dah habis dibuang...bahaya taw...hehehe
nasib baik ada diari yang membosankan nih, boleh jugak di sharekan...Thanks diari for be there when i need you.....luar nmpk lembut tpi dlm ermmm...org kata hanya jauhari mengenal manikam...so En. Id, take this 5 year onward to know me better b4 you regret k...hehehe
p/s: terbentang luas johari window baby malam ni hehehe
p/s lagi: sembang nge rumate dari kul 10.30 sampai kul 1, tak sedar msa bergerak terlalu cepat sebb banyak sangt story yg best2 dikonsi...hehehehe
p/s lagi lagi: En. Id lau saya jadi burung awak nak jadi per???
hyee diariess smua?? chat yer..alhamdulillah, baby pun sihat gak, tapi just now baru jer dapat phone call ffrom My Mum that she is not really well. Reason dia. "mok rindu kak" damm what should i do? balik umah lah jawapan dia hehehehe...so Insyaallah, lau tuhan pnjangkan umur, ari rabu ni baby balik umah ler..boringlah asyik story sal balik umah nih. ni story yang best. perkara ni terjadi kelmarin. pe dia??? cewahhh wat suspen sikit...ni diari tuk 2 hari dihimpunkan sekaligus ngehngehngeh...
Ahad (Mac 18/2012)
baby berpuasa hari ini..memang agak meletihkan. tapi bagus juga coz dapat rehatkan perut dari bekerje keras nih. Belle pun puasa gak. dia bagi cadangan bernas nak berbuka puasa ngan steamboat. baby on ja. so pergilah kami 4 orang semuanya termasuk Wan Mazrina and Mila yg follow kami tuk makan di Pulau Duyung. lau tak salah D'ganu nama restoran dia. Habis makan dengan kenyangnya, kami pun berangkat pulang ke kampus, dalam perjalanan tuh, terkeluarlah story sal pulut yang best di Tok Bali Kelantan. Nak dijadikan cerita, dengan pantasnya kami mengambil keputusan untuk merasai kenikmatan pulut tersebut..Sebelum tuh, kami mengajak geng2 yang segila ngan kami tuk join club gila ni jugak. antaranya ialah, Zack, Sapizi, Akmal and Ayie. kami berkonvoi dengan 2 buah kereta kelisa. hehehe..kul 10.45 cam gitulah bertolak, sampai sana pukul 11 lebih, makan2 sembang2 pastu bertolak balik sampai bilik kul 1.30 lebih kurang. kami masih boleh bergembira walaupun ada assignment yang harus dihantar keesokkanya..hehehe..so berhempas pulaslah baby siapkan kerje tersebut sehingga pukul 4 pagi..ngeh ngeh ngeh...
Isnin (Mac, 19, 2012)
class attend ikut jadual macam biasa just class event dibatalkan. tapi petang nih kami ada photoshoot taw. ye lah, budak semester akhir, kene banyak sikit gambar kenangan tuh..nanti susah dah nak kumpul balik..hehehe..sesi tuh berjalan dari pukul 2.30 sampai dekat pukul lima..best jugak..baby balik awal coz nak pergi submit assignment tuh, dlam kul 4 lebih camgitulah. kul 5 plak, kami mengadakan sesi bergambar sendiri di depan Gim plak ngehngehngeh..tapi yang ni bukan satu class ah. 5 orang jer iaitu Eza, Fiona, Siti, Wan Nor and opcorse selebriti kita baby lah hahahaha...
Moral of the diary: (ni segment baru ker? hehehe) kita seharusnya mencipta dan mengambil peluang untuk mengabdikan memori-memori indah dengan kawan-kawan sementara masih tercipta peluang tersebut. kerana nanti, akan tiba waktunya memori tersebut dikenang kembali. Saat-saat indah pasti tersemat dihati.
p/s: gambar mana? kamera org lain, baby tak ada. nanti minggu depan baby collect ngan A.WanZul, baby upload ek..yang gambar kat Tok Bali tuh kat blog Akmal..nak curik tak baik plak kan hehehehe
p/s lagi: siapkan questionnaire..for parent plak nih...hehehehe
p/s lagi lagi: kain sulam bukit tinggi dinanti-nanti...hehehe
diaries...yes, dipagi yang hening, baby nak kene siapkan proposal jemputan selebriti terkenal sempat lagi baby tulis entry baru tuk diari nih kan...hehehehe...nak buat macamana, idea mencurah-curah diladang gandum..hehehehe...
tengok tang tajuk, macam best jer kan..mesti korang suspect baby nak story sal kisah cinta En. Id ker, tuh..ishhh, bukan, bukan and bukan..ini story ma, pasal itu baby punyer hobi ma..apa dia??? Mestilah hobi membaca novel...hehehe..ni title novel lah, karya Aisya Sofea. novel ni baby pinjam ngan member baby nama dia Siti Aminah Roslan aka CT..dia bagi 4 novel and disebabkan kesibukan yang teramat sangat, baby baru jer sempat baca satu nih..buku ni merupakan cetakan ke 8, mula-mula dikeluarkan ialah pada tahun 2008. so dikira buku ni memang ramai peminatnyer lah kan...but for me, buku ni biasa-biasa jer..lau diberi rate from 1 to 5 stars, i only give 2 and half..sory...buku ni mcam sakit hati jer bila dibacanya...that my personal view lah kan..Kenapa? apa yang berlaku?? ok, jum baby story sikit...
ni koleksi novelnyer...
ni plak novel Selagi Ada Dia duabintangsetengah **
Novel dia pada mulanya penulis banyak terapkan elemen imbas kembali. Watak utamanya Arianni teringat kenangan kat kampung yang membuatkan dia membawa diri keluar negara. kat atas flight, dia teringat kes dia jatuh cinta kat pakwe kakak dia sendiri tanpa dia sedari. kes nyer, si Haris tuh berkenan kat dia after xcident. Haris try pikat dengan meletakkan phone dalam kereta Arianni ni, pastu tuduh Arianni ni curik and paksa pulangkan. Dalam masa yang sama si Hariz ni selalu ambik kakak Arianni ni Malini namanya anta pergi kerje. sebelum tuh, Arianni sememangnya sudah fall in love ngan Hariz tapi sebb kakak dia punyer dia senyapkan jer lah. Arianni masa time ni tak taw lagi yg pemilik phone tuh adlah Hariz. so dia pun set date tuk pulangkan phone tuh. tup tup bila jumpe si Hariz nih, barulah Hariz terangkan kenapa dia sengaja tingglkan phone lam kereta Arianni coz sbnrnya Hariz dah jatuh cinta kat dia.
mereka berdua pun bercouple tapi dalam senyap coz family Arianni taw yang Hariz ngan Malini bukan Arianni. Arianni pernah memujuk Hariz tuk berterus-terang tapi Hariz ni kata belum masanya lagi. nak dipanjangkan story, one day, diaorang terkantoi. teruk dimarahi ayah and kakak dia. kebetulan plak dapat surat tawaran belajar di Oxford, so Arianni membawa diri kesana.
kemudian Arianni terima email from kakak ipar dia bagitaw yang mak and ayah dia sakit. so dia pun balik lah ke kampung halaman. dalam flight tuh dia jumpa ngan Idris, duda kematian isteri. dalam flight ni lah Arianni ceritakan sambil imbas kembali what happen to her..walaupun tak kenal but she rasakan selesa bercerita. sampai di Malaysia, mereka still contact. ayah Arianni kene angin kot (not explain ngan jelas or maybe baby skip time nih hehehe) sbb duk atas wheelchair and segala makan pakai diuruskan oleh mak Arianni. Ayah dia ni angin sikit, suke marah2 and kadang-kadang lupa ingatan. time arianni balik tuh, dia ingat Arianni orang gaji dia lagi. time dia ingat, dia pasti marah kat Arianni and tuduh merampas kekasih akaknyer. yang pelik and musykilnyer, Hariz and Malini ni still lagi couple you olllzzzz. Hariz tuh macam bengongggg jer, time Arianni p sambung belajar, langsung tak dihantar, langsung tak bertanya khabar tapi bile dah taw balik, mula lah kata rindu lah, still sayng lah..last2 Arianni tak layan langsung. padan muka ko...
next what happen?? erm arianni fall in love wif Idris. Idris pun sama tapi macm biasalah, slah faham sana n sini, Si Malini keje ngan Idris time Malini break dah ngan Haris. korang paham-paham sendiri lah tipikal cerita cinta novel nih...(dush dush!!, mahu kene saman di peminat Aisya Sofea nih..) nak dijadikan cerita lagi, mak Arianni ni merasa bersalah ngan family Haris and suruh Arianni kahwin ngan Haris. (time ni baby dah start maki hamun watak mak Arianni yang bengong tahap gaban tuh...) si arianni ni plak, nk tunjuk anak solehah, ckap dia terima jer pinangan sesiapa pun (lagi kene maki hamun, nasib baik watak rekaan jer, lau betul dah berbakul dosa baby kumpul taw..). tapi korang faham lah kan, mana ada novel sad ending, time nikah tuh, rupenyer bukan si Hariz suaminya Arianni, mestilah si Idris. kuang kuang kuang...and baby dah stop baca time tuh kerana kemenyampahan terhadap novel ni. sory penulis Aisya Sofea, buku Jendela Hati jer buat masa sekarang memang worth dibaca..yang ni memang, ermmm not so coolll babe....
ni lah yang boleh baby ceritakan tuk korang. buku novel melayu ni untuk membelinya memang ada risiko. ye lah, nama kekadang femes tapi bila baca buku, macam hampeh pun ada..cuma lau karya Ramli Awang Murshid jer yang memang setiap keluaran novelnyer mesti baby nanti-nantikan. baby tak adalah kata semuanya best, macam Rayyan Fantasi and 9 nyawa tuh tak berapa nak best gak heheheh..but, yeahh, tulah baby kata memang kene tanggung risiko lah yer...by the way, tak kira buku local ker or international ka, rajin2 lah membaca k...
p/s: jumpe En. Id yang tak ensem tuh... En. Id: sye p jakarta esok?
Bby: buat per?
En. Id: panjat gunung ngan team.
Bby: owh..gunung apa? lama ke pergi?
En. Id: gunung sahari. 4 hari jer.
Bby: ermmm ok..(sambil buat muka tak izin p...waaaa)
p/s lagi: questionnaire, proposal and report...last2 naruto jugak dilayannyer...hehehehe