~~SAYANG KORANG~~

Sekolahku, Syurgaku...

Assalamualaikum....


This is my first time to talk about my workplace (cewahhh, kecek mat leh…hahaha) Sebelum nih ak rasa memang tak pernah sebut lah..dah 3 tahun aku kot dihantar mengajar di SMK Kijal, Kemaman, Terengganu. 

Sekolah nih memang best sebab location dia ditengah-tengah antara kemodenan dan kekampungan..hahaha apakah maksudnya disitu? Hmmm maksud aku 5 minit boleh sampai ker perkampungan samada kampung nelayan or kampung bukit (ada ker kampung bukit ek?)hmm kampung yang ada kebun-kebun durian, langsat, duku tuh(dari dulu lagi ak bab explain memang fail..hahaha)…dan 5 minit jer drive sampai Bandar Chukai…haa..korang nampak tak betapa uniknya tempat nih?…kalau korang nampak, Good..Tak nampak, buat2 nampak lah yerrr…malas aku nak petakan..
Sekolah nih majority pelajarnya adalah beragama Islam..sebenarnya semua pelajar lah…budak-budak nih tak ramai pun, dalam 900 lebih jer..lapan kelas setiap tingkatan..hahah ..no Chinese or Hindus…ok good. Sekolah nih tergolong dalam kategori sekolah luar bandar. Kebanyakkan ibu bapa pelajar-pelajar nih adalah nelayan dan pekebun. Boleh bilang ngan jari jer, mak bapak budak2 nih kerja kerajaan.
Aku suka dengan sekolah nih sebab environment dia.  Time musim hujan asap keluar dari mulut macam obersea habak hang…sejukkkk…time musim panas nih, sejuk time pagi jer lah…nk berangan duk oversea, jangan harap lah..hahaha
Salah satu sebab aku suka sekolah nih jugak ialah unit Agama Islam dia first class beb..ada jer aktiviti keagamaan dijalankan. Salah satunyer solat hajat dan Dhuha tiap2 bulan. Aktiviti macam nih baguih gila. Merapatkan ukhwah pelajar and guru serta penerapan mengenai ilmu agama yang bagus. Pastu tiap2 hari bacaan Yassin diketuai oleh pelajar. Lembut hati budak2 nih and InsyaAllah mudah ilmu nak lekat dalam kepala hotak diorang nih…



Budak-budak nih ada yang bagus, ada yang kurengg bagus. Alah rileks lah, semua sekolah memang macam tuh…hahaha…tapi memang aku suka lah sekolah nih…time pertama kali posting sini pun aku dah jatuh cinta kat sekolah nih..plus tiap2 minggu aku boleh balik rumah sebab dalam 15 minit dah sampai k..oh sorry, aku tak gtaw ek yang aku nih pembantu warden.patutlah korang ternganga time baca baris nih...hahaha ok aku duk asrama sekolah.and again ak letak sndri pangkat tuh sebb aku giler kuasa hahahah.
tu jer sedikit sebanyak yang aku bleh share ngan korang sal sekolah aku nih..sekolah kecik tapi semangat kami kuat…cewahhhh…till we meet again deh…

p/s sekolah nih tak ada cikgu lelaki bujang, tuh jer yang tak best…ahakss

No comments: