~~SAYANG KORANG~~

~Apa jawapan dua puteraku itu?~



Assalamualaikum....
Entri kedua tuk hari ini. Alhamdulillah...
Tadi, baby ada membaca buku Mastika. baby memang gemar baca buku ni kerana banyak cerita didalamnya. baby begitu tertarik dengan satu cerita ini...

Ianya sebuah kisah tentang Khalifah Harun Ar-Rasyid dimana merupakan khalifah Bani Abassiah. Baginda memperoleh dua orang putera bersama permaisurinya iaitu Al-Makmun dan Al-Amin.Kedua-dua orang puteranya itulah yang bakal menggantikan baginda sebagai khalifah. Tetapi soalnya, siapa yang paling layak?  

Sebagai persediaan mengambil alih jawatan, Khalifah Harun memberikan didikan yang sempurna kepada putera-puteranya. Para cendikiawan dari seluruh pelosaok dunia juga dipanggil untuk memberi ilmu kepada Al-Maknun dan Al-Amin.

Suatu hari, Khalifah Harun memanggil semua guru putera-puteranya dan meminta mereka memberikan pandangan siapa yang sepatutnya menggantikan tempat baginda. Kesemua guru tersebut bersepakat mengatakan, Al-Maknun. Para pembantu kedua-dua orang puteranya juga dipanggil dan ditanya pandangan mereka dan bersetuju menyatakan Al-Maknun yang paling layak.

Tetapi benarkah? Khalifah Harun ingin menyelidik lebih dalam, lantas memanggil ketua pengasuh Al-Amin.
"Wahai wanita budiman, cuba kau berpura-pura kepada puteraku Al-Amin, kononnya kau telah diberitahu bahawa jawatan khalifah akan diberikan kepadanya. Lihat bagaimana sikapnya nanti".
Arahan yang sama diberikan juga kepada pengasuh Al-Maknun.

Apabilaketua pengasuh Al-Amin pulang selepas menyempurnakan arahan tersebut, Khalifah Harun terus bertanya tentang reaksi puteranya itu. Jawab pengasuh tersebut...
"Wahai Amirul Mukminin, Al-Amin berjanji akan memberiku hadiah yang sangat besar seandainya dia menjadi khalifah kelak".
Baginda Harun terkejut mendengar jawapan puteranya itu. Dia mengalihkan pandangan kepada pengasuh Al-Maknun pula.
"Bagaimana sikap puteraku itu?" tanya Khalifah Harun.
"Wahai Amirul Mukminin, puteramu itu amat berduka cita apabila mendengar berita itu. Al-Maknun berkata, dengan penggantian jawatan, ini bererti kematian ayahandanya".

Khalifah Harun tersenyum, memang Al-Maknun layak menggantikannya.  

(sumber Mastika, Julai 2008)

p/s renung-renungkanlah..

soalan pedish

pe khabar sedara sedari sekalian? diharap semua sihat sejahtera..semenjak dah tamat pengajian nih, banyak benda dah berubah..pergi ke umah sedara mara, soalan pertama yang ditanya, dah kerja? ermm dengan muka semonyetnyer, menjawab belum...nak rehat dlu..hahaha..rehatlah sangat sampai badan pun dah macam tong dah besarnya...

soalan yang lagi best ditanya, bile nak kahwin? fuh...yang ni memang agak payah nak menjawabnya. tambah-tambah lagi adik dah nak diikat..oiii agak sesak tuh nak menjawabnya...mak pun dah bagi isyarat sila blah dari rumah ak cepat2,  senang..tak menyesakkan mata...hahaha...waduh omak, ankmu masih single and availble nih...aish nak cari kat mana yer calon suami? sapa yang nak kat kita nih, sila angkat kening hahaha...

by the way, congratulation to my cousin shahida(Along) kerana sudah menamatkan alam bujang..semoga rumah tangga yang dibina berkekalan, dan dicucuri dengan limpah dan rahmat dari Allah s.w.t. Amin..

p/s gambar tak der, coz camera dslr ada kat kedai Uncle Wong hahahaha
 
 
dah lama tak menghupdate blog nih kan..sorry le sesangat yer...selalu ada kekangan....by the way, this is only the warming up update..nothing much to write..just to drop by jer...huhuhu


please forgive me for any inconvenience that i has made..love u alot....