~~SAYANG KORANG~~

SEKOLOH

Assalamualaikum....





Welcome back to sekoloh...hahahahaha...

p/s tak lena tidur, arini mata tahap gaban ngantuknya...

BILA NAK KAHWIN?

Assalamualaikum...

Maaf lah kiranya aku kureng menjenguk korang dua tiga hari nih kan. Almaklumlah dalam mood cuti sekolah kot. Hahaha

Ramai yang melangsungkan perkahwinan time cuti sekolah nih. Sana sini kenduri orang kahwin kan. Aku pun dapat jugak beberapa jemputan tapi satu pun tak pergi.(kureng asam jawa punya budak...sekeh kepala sendiri) Ish...bukan tak nak pergi, tapi urusan sentiasa menghalang. So Sorry sangat2 yer kengkAwan sekalian..

Disebabkan skrang musim orang kahwin, terdengarlah soalan di halwa telinga anak kak Ton nih (seriusly, mak aku memang orang panggil kak Ton aka Zaitom..hehehe.)..bila nak kahwin? awak tuh bile nak kahwin? Calon nya mana? eh, tak bawak teman ke? dengar kata adik nak kahwin tahun nih, kakok dia bile plok?aku malas nak tulis versi panjang soalannya, nanti korang termuntah hijau plak...heheheh...arghhhh, malasnya nak jawab soalan tuh...

beb!!! seriusly, bukan aku tak nak kahwin. kalau boleh saat ni, ketika ini aku nak kahwin beb (amboiiii, desperatenya kahkahkah...)sorry k semua orang ada niat untuk berkahwin kan. semua orang berimpikan hidup berpasangan. eden pun gitu gak wehhh....cume masalahnya, masih belum dijumpai jodohnya. hehehehe..

Dan aku kalau boleh dah tak nak bercinta. maksud aku, no more couples thinggy, terus tunang and kahwin. nak bercinta cintun cara yang betul iaitu AFTER NIKAH. aku nih bukanlah alim sangat pun, tapi bagi aku keberkatan dalam perkahwinan amatlah harus dititikberatkan. kita nak bina rumahtangga dimana disitulah kita akan melahirkan zuriat kita. zuriat yang soleh dan solehah. zuriat yang baik di akhirat kelak.  tuh tujuan utama kita kahwin kan...

tq google image...

tapi kalau kita dah buat maksiat sebelum nikah, ermmm (korang jangan nak kata korang tk buat maksiat time couple yer, korang talk on the phone kul 2 3 pagi tuh dah dikira maksiat ok.dengan suara ala2 romantik, .sorry to say guys,...). so bagaimana kita nak cari keberkatan tuh???? 

benda nih memang susah nak explain. korang p lah tanya uztaz or ustazah terdekat k. 

aku memang meyerahkan hal jodoh ni seratus peratus kepada yang Esa, Dia yang lebih mengetahui. Tapi dalam masa yang sama kita kena usaha jugak kan..so, aku pernah bagi hint kat mak aku sal hal nih, aku nak suruh family carikan..tu salah satu usaha aku termasuklah berdoa. yuppp, doa tuh penting. doa tuh senjata orang mukmin..salah satu cara lagi, aku suh kenkorang tolong carikan boleh? hahahahaha

tu jer tuk malam ni, kalau aku ada salah fakta, sila tegur k. no big deals. kita hidup nih kene berpesan-pesanan antara kita, jgn kedekut ilmu nak share, jgan segan bertanya. 

p/s  kalau anda BOTAK, extra bonus tuk anda kahkahkah....

TEAM BUILDING THELP DI GAMBANG RESORT CITY


Assalamulaikum.....

im home!!!...Alive...hahahaha...weh, korang pe kabo? chat yer semua. aku agak kureng sihat dek kerana komando yang melatih kitaorang di Gambang amatlah kejam..waaaaaa, bergolek2, msuk hutan bagai...amatlah meletihkan. kaki aku ni tak larat nak bilang kesan lebam sana sini..waaaaa...tapi aku survive. hidup lagi nih..siap boleh tulis lagi ni. and good news is, berat badan maintain hahahahahha.

ni geng aku, Ateh, and Naz...kitaorang ngah daftar nak amik baju merah...paling lambat msuk dewan, tahniahhhhh,,,


1st June
 aku naik bas pukul 1.30 di Kemaman nih. jalan agak sesak and ambik masa almost 2 jam tuk sampai ke Gambang tuh. ada lori lintang jalan. sampai sane kitaorang daftar and stay kat Arabia apartment. rumah ada 2 ruang bilik, 1 bilik kongsi 3 orang. pukul 4 ptng , dah salin trek suit bagai, kene jumpa dengan komando kejam untuk exercise, panaskan sendi2 dan otot2 untuk persiapkan diri for night walking. yeahhh, night walking in the jungle. NICE!!!!

exercise ni memang terbaik ah. segala jenis lompat, larian, plank semuanya diapply. aku yang sudah lama tak berpeluh ni apatah lagi, terkinja-kinja nak follow kot. tapi demi semangat yang kental, ku gagahi jugak walaupun masuk bilik jer terus muntah2 3 bakul full..huhuhuhu 

malam tuh plak, program night walk. beramai2 masuk hutan. pastu sampai satu tahap akan dilepaskan sorang2. cayalah. berjaya melakukannya dengan mudah sekali. hahahah..ada satu masa tuh, aku kene turun dari bukit yang amat curam just guna tali. weh dah lah nak sampai ground tuh jauh jugak, tambah lagi tanah licin. aku yang takut ketinggian ni apatah lagi kan. Alhamdulillah, berjaya jugak turun bawah. habis jer program nih, terus balik, tidooooooo....

2nd June
pagi2 jadual kitarang ada physical exercise...
gambar ni diambil oleh Ateh. dia tak leh join, dia pregy. Untunglah.....kitaorang siap berguling2 macam askar nak bunuh penceroboh atas tanah. lepas breakfast, kitaorang ada plak aktiviti macam treasure hunter gitu. grup aku 10 orang. berlari sana sini cari task yang perlu dibuat. dapat points tinggi kalau berjaya buat dengan baik. kitaorang kene buat flying fox, pinball, archery...best sangat...

petangnya pula, kitaorang dibawa masuk ke Gambang waterpark. kat sini plak ada aktiviti yang melibatkan air. aktiviti sukaneka..masuk kolam beb. time ni memang best ah, satu pool tuh disewa khas untuk kitarang. tak ada orang lain. heheheheh 
malamnya plak, kitaorang kene planning untuk segment T-Help got Talent..geng aku mulanya nak buat Western Dikir, pastu tukar plak nak buat drama, then tukar lagi poems recitation last2 buat choral speaking ja. hahahaha macam 2. habis je plan, training sekali dua, balik bilik tidooooooooooooo

3rd  June
physical exercise lagi. pagi ni hujan. dalam hujan tuh jugak lah exercise..tak pe last day... sabar and redha...tapi tak teruk lah sangat lah. kitaorang kne masuk dewan plak, dengar ceramah skit2 pastu kene salin baju and prepare tuk closing ceremony. kitarang bertolak balik dalam pukul 1.30, masuk bandar Kuantan and aku sampai kat umah pukul 5 ptang...

yeayyyyyyy......
tu lah aktiviti aku selama tiga hari disana. tak sempat posing sebab handset dilarang dengan sekeras-kerasnya dibawa. tak beli apa2 pun buah tangan tuk anak-anak sedara, tak sempat nak masuk tengok pun souvenir bagai. sorry guys. Team Building ni memang pack jadualnya..

p/s think positive