SIMPULAN
CINTA SAHABAT-PUTERI LILIN
Merasai
perpisahan semakin menghampiri
Setiap
detik kurasa semakin cepat
Setiap
getar kurasa semakin pantas
Hari
berganti hari
Akhirnya
perpisahan menanti tiba
Amat
lama kita menyulam cinta
Amat
lama kita memintal kasih
Amat
lama kita menyimpul sayang
Kerana
kita semua hamper, dekat dan rapat
Namun
bagaimana kita mahu mengekal ikatan cinta kasih dan sayang ini
Andai
kita semakin jauh dan akan berpisah?
Pelbagai
badai, angin taufan melanda kita
Kekadang
dibawa bersama fitnah dunia
Hati
mula tersentuh, mulut mula kelu membisu
Tali
persahabatan mula merenggang
Menjauh…
Siapa
harus dipersalahkan?
Adakah
ikatan kasih tercipta ini tiada kuat tulangnya?
Adakah
simpulan cinta ini tidak tinggi nilainya?
Salahkan
dirimu yang tidak menghargai persahabatan…
kerana telah kusimpul cinta kasih dan sayang seeratnya..