Allah S.W.T telah mengatur segala-galanya sejak lahir hingga ke liang lahad.
~~SAYANG KORANG~~
~~Friday Special~~
Hari jumaat hari yang ditunggu-tunggu oleh kaum muslimin sekalian. Alhamdulillah, tidak sia-sia Jumaat ni bagi baby hari ini. bukan per, baby penuhkan hari jumaat ni dengan aktiviti selain dari memerap dalam bilik tengok kartun naruto..hahahahah (ayat kat atas mcm nak bagi khutbah jumaat kan...hehehe)
pe aktiviti baby hari in...??
11.30 pagi
Broommm brooom dua orang budak perempuan ni memulakan harinya dengan menunggang motosikal ke satu destinasi. Destinasi yang dituju ini merupakan destinasi kunjungan ramai tetamu2 bukan shaja dari warga Terengganu itu sendiri tetapi juga luar dari negeri ini. Destinasi tersebut adalah pesta Jum Heboh yang berlangsung di Tapak Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin...ramai sekali pengunjung-pengunjung pesta ini walaupun mentari panas terik. banyak booth dilawati. ramai artis ditemui. budak perempuan tersebut telah melihat Johan(Botak), Aidid Marcello (mcm nk p ambik gmbr jer ngan mamat nih, tapi dia terlalu ensem kot..takutttt), artis2 mentor musim terbaru nih (Anas jer baby ingat nama hehehe), & Maria Tengku Sabri, owh yer, jenguk gak kat booth whi, ternampak Fiza...hehehe
Buah tangan yang dua orang budak perempuan ni bawak balik adalah pek minuman Nestea, kain tudung and makanan..setakat jalan2 cuci mata..korang nak ajak p sana lagi, mintak maaf and ampun, budak perempuan tuh dah tak mahu..(baby dah cukup hitam dah..plus crowded giler kot...)
habis sahaja mencuci mata dan mengalirkan wang di pesta ini, dua budak perempuan ini pun merempit pulang ke asrama tepat pkul 1.05 minit...budak perempuan tersebut adalah baby and Nazirah lah hehehe
tunjuk bukti p Jum Heboh hehehehe
2.00 petang
kelihatan 3 orang budak perempuan sedang berjalan-jalan menuju ke Masjid UniSZA, bukan tuk sembahyang jumaat tetapi untuk menyertai satu lagi aktiviti yang amat menarik iaitu Global March to Jurusalem atau GMJ singkatannya..Gmj merupakan acara antarabangsa melibatkan masyarakat seluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin serta melindungi Baitulmagdis sbgai kota suci. Program ni anjuran Kelab Unesco UniSZA dengan kerjasama Aqsa Syarif Berhad...selepas berarak dari Masjid UniSZA ke Dewan Almuktafi Billah Syah, 3 orang budak perempuan ni kemudian mendengar sedikit ceramah dan menonton video-video kekejaman Israel terhadap warga Palestin. Sungguh menyayat hati sehinggakan ada budak nangis...huhuhuhu program tersebut tamat pada pukul 4 petang..budak perempuan tersebut adalah Baby, Nazirah and Siti Aminah...
ni kat DABS
Buah tangan yang kitaorang bawak balik tuk program ni ialah, keinsafan dan kesyukuran...Amin, yang ni rasanya lebih teristimewa...
3 comments:
bgus2
Huhu May Allah Save Palestine Amin :')
Naz: bagus gak..
Liselle: Amin
Post a Comment