~~SAYANG KORANG~~

~~Dark Side of Me Part 2~~

bagi baby amat susah seseorang itu mahu mengaku kelemahan diri sendiri. ni kan pula mahu dipaparkan dikhalayak ramai. mungkin bimbang tercalar maruah. 

namun bagi baby, tak salah mengakuinya. kadang-kala kelemahan itu adalah kelebihan pada diri kita. Siapa kita untuk mengetahui yang tersirat sebaliknya kan...

Dendam

salah satu sifat diri baby. sifat ini memang tidak baik sebenarnya. dendam ini lahir dari perasaan benci dan marah dan kita pendam sehingga sampai suatu waktu ianya akan dimuntahkan. ya, ianya juga lahir dari perasaan tidak puas hati. Perasaan ini dirasakan tidak kira pada sesiapa pun termasuklah keluarga sendiri. tetapi adakah berdendam ini memberi kesan negatif kepada kita. Bagaimana jika baby berdendam pada adik, namun baby berusaha untuk membalasnya dengan menjadi seorang kakak yang lebih baik? Bagaimana jika baby berdendam dengan rakan sekelas yang berjaya, dan baby berusaha membalasnya dengan menunjukkan result yang lagi baik? Bagaimana?

bagi baby, jika ianya memberi kesan positif kepada diri dan juga sekitar, dendam itu wajar. Namun, jika dendam itu menjahanamkan orang sekeliling, jauhilah ia dengan Kemaafan kerana ubat untuk Dendam adalah sebuah Kemaafan...



p/s: betulkan dengan tertib jika saya salah....
p/s lagi: a quite serius entry this time...hehehehe
p/s lagi2: kering dah ni poket waaaa

No comments: