~~SAYANG KORANG~~

Welcome Back

assalamualaikum...

Last publish 2014. Uish 2 tahun kot aku berhenti berbelog nih..Apa yang aku buat entoh? hahahaha
Tak per, tak per..ni aku bagi teaser sikit, yes i'm back..hahahaha teaser lah sangat kan...

okeh, i will never leave you again...hahaha..


~~Perubahan...berubah~~

  Assalamualaikum...

kenkawan bloggers ku semua macamana kehidupan anda? baek atau tidak? diharap semua berjalan lancar yer..Amin..buat kesekian kali (cewah!! ayat bahasa melayu A1 nih hehehe), aku menulis lagi...agak sibuk dengan dunia pekerjaan yang baharu dijalani. agak janggal pada mulanya namun Alhamdulillah kini semua berjalan lancar. Syukur tak terkira buat si Dia yang menulis corak kehidupan ini dengan sempurna. Alhamdulillah..

terlalu banyak perubahan telah berlaku dalam hidup ini. aku dah bergelar seorang pendidik yang suatu ketika dulu kerjaya ini tidak pernah singgah dalam benak fikiranku. ahli keluargaku juga sudah bertambah apabila adikku kini sudah bergelar isteri orang, dan juga kehadiran si comel Anis Nur Ramadhani..semua ini menyedarkan aku tentang sesuatu.

Perubahan dalam hidup pasti berlaku namun berubahlah kearah kebaikan bukan keburukan..
dari jahil kepada berilmu
dari kedekut kepada rajin bersedekah
dari riak, ujub kepada rendah hati
dari lalai solat kepada rajin solat
dari tinggal puasa kepada ganti dan penuhkan puasa
dari suka mengumpat kepada suka berzikir
dari berfikiran negatif kepada bersangka baik

diharap sedikit nasihat ni menjadi panduan untuk sahabat melakukan perubahan dlam hidup dan berubah menjadi yang lebih baik..Amin..


p/s cakap senang tpi nak buat agak payah, namun yakin, istiqamah dan sentiasa berdoa agar Allah S.W.T sentiasa menunjukkan jalan yang benar kepada kita..Insya Allah...

SEKOLOH

Assalamualaikum....





Welcome back to sekoloh...hahahahaha...

p/s tak lena tidur, arini mata tahap gaban ngantuknya...

BILA NAK KAHWIN?

Assalamualaikum...

Maaf lah kiranya aku kureng menjenguk korang dua tiga hari nih kan. Almaklumlah dalam mood cuti sekolah kot. Hahaha

Ramai yang melangsungkan perkahwinan time cuti sekolah nih. Sana sini kenduri orang kahwin kan. Aku pun dapat jugak beberapa jemputan tapi satu pun tak pergi.(kureng asam jawa punya budak...sekeh kepala sendiri) Ish...bukan tak nak pergi, tapi urusan sentiasa menghalang. So Sorry sangat2 yer kengkAwan sekalian..

Disebabkan skrang musim orang kahwin, terdengarlah soalan di halwa telinga anak kak Ton nih (seriusly, mak aku memang orang panggil kak Ton aka Zaitom..hehehe.)..bila nak kahwin? awak tuh bile nak kahwin? Calon nya mana? eh, tak bawak teman ke? dengar kata adik nak kahwin tahun nih, kakok dia bile plok?aku malas nak tulis versi panjang soalannya, nanti korang termuntah hijau plak...heheheh...arghhhh, malasnya nak jawab soalan tuh...

beb!!! seriusly, bukan aku tak nak kahwin. kalau boleh saat ni, ketika ini aku nak kahwin beb (amboiiii, desperatenya kahkahkah...)sorry k semua orang ada niat untuk berkahwin kan. semua orang berimpikan hidup berpasangan. eden pun gitu gak wehhh....cume masalahnya, masih belum dijumpai jodohnya. hehehehe..

Dan aku kalau boleh dah tak nak bercinta. maksud aku, no more couples thinggy, terus tunang and kahwin. nak bercinta cintun cara yang betul iaitu AFTER NIKAH. aku nih bukanlah alim sangat pun, tapi bagi aku keberkatan dalam perkahwinan amatlah harus dititikberatkan. kita nak bina rumahtangga dimana disitulah kita akan melahirkan zuriat kita. zuriat yang soleh dan solehah. zuriat yang baik di akhirat kelak.  tuh tujuan utama kita kahwin kan...

tq google image...

tapi kalau kita dah buat maksiat sebelum nikah, ermmm (korang jangan nak kata korang tk buat maksiat time couple yer, korang talk on the phone kul 2 3 pagi tuh dah dikira maksiat ok.dengan suara ala2 romantik, .sorry to say guys,...). so bagaimana kita nak cari keberkatan tuh???? 

benda nih memang susah nak explain. korang p lah tanya uztaz or ustazah terdekat k. 

aku memang meyerahkan hal jodoh ni seratus peratus kepada yang Esa, Dia yang lebih mengetahui. Tapi dalam masa yang sama kita kena usaha jugak kan..so, aku pernah bagi hint kat mak aku sal hal nih, aku nak suruh family carikan..tu salah satu usaha aku termasuklah berdoa. yuppp, doa tuh penting. doa tuh senjata orang mukmin..salah satu cara lagi, aku suh kenkorang tolong carikan boleh? hahahahaha

tu jer tuk malam ni, kalau aku ada salah fakta, sila tegur k. no big deals. kita hidup nih kene berpesan-pesanan antara kita, jgn kedekut ilmu nak share, jgan segan bertanya. 

p/s  kalau anda BOTAK, extra bonus tuk anda kahkahkah....

TEAM BUILDING THELP DI GAMBANG RESORT CITY


Assalamulaikum.....

im home!!!...Alive...hahahaha...weh, korang pe kabo? chat yer semua. aku agak kureng sihat dek kerana komando yang melatih kitaorang di Gambang amatlah kejam..waaaaaa, bergolek2, msuk hutan bagai...amatlah meletihkan. kaki aku ni tak larat nak bilang kesan lebam sana sini..waaaaa...tapi aku survive. hidup lagi nih..siap boleh tulis lagi ni. and good news is, berat badan maintain hahahahahha.

ni geng aku, Ateh, and Naz...kitaorang ngah daftar nak amik baju merah...paling lambat msuk dewan, tahniahhhhh,,,


1st June
 aku naik bas pukul 1.30 di Kemaman nih. jalan agak sesak and ambik masa almost 2 jam tuk sampai ke Gambang tuh. ada lori lintang jalan. sampai sane kitaorang daftar and stay kat Arabia apartment. rumah ada 2 ruang bilik, 1 bilik kongsi 3 orang. pukul 4 ptng , dah salin trek suit bagai, kene jumpa dengan komando kejam untuk exercise, panaskan sendi2 dan otot2 untuk persiapkan diri for night walking. yeahhh, night walking in the jungle. NICE!!!!

exercise ni memang terbaik ah. segala jenis lompat, larian, plank semuanya diapply. aku yang sudah lama tak berpeluh ni apatah lagi, terkinja-kinja nak follow kot. tapi demi semangat yang kental, ku gagahi jugak walaupun masuk bilik jer terus muntah2 3 bakul full..huhuhuhu 

malam tuh plak, program night walk. beramai2 masuk hutan. pastu sampai satu tahap akan dilepaskan sorang2. cayalah. berjaya melakukannya dengan mudah sekali. hahahah..ada satu masa tuh, aku kene turun dari bukit yang amat curam just guna tali. weh dah lah nak sampai ground tuh jauh jugak, tambah lagi tanah licin. aku yang takut ketinggian ni apatah lagi kan. Alhamdulillah, berjaya jugak turun bawah. habis jer program nih, terus balik, tidooooooo....

2nd June
pagi2 jadual kitarang ada physical exercise...
gambar ni diambil oleh Ateh. dia tak leh join, dia pregy. Untunglah.....kitaorang siap berguling2 macam askar nak bunuh penceroboh atas tanah. lepas breakfast, kitaorang ada plak aktiviti macam treasure hunter gitu. grup aku 10 orang. berlari sana sini cari task yang perlu dibuat. dapat points tinggi kalau berjaya buat dengan baik. kitaorang kene buat flying fox, pinball, archery...best sangat...

petangnya pula, kitaorang dibawa masuk ke Gambang waterpark. kat sini plak ada aktiviti yang melibatkan air. aktiviti sukaneka..masuk kolam beb. time ni memang best ah, satu pool tuh disewa khas untuk kitarang. tak ada orang lain. heheheheh 
malamnya plak, kitaorang kene planning untuk segment T-Help got Talent..geng aku mulanya nak buat Western Dikir, pastu tukar plak nak buat drama, then tukar lagi poems recitation last2 buat choral speaking ja. hahahaha macam 2. habis je plan, training sekali dua, balik bilik tidooooooooooooo

3rd  June
physical exercise lagi. pagi ni hujan. dalam hujan tuh jugak lah exercise..tak pe last day... sabar and redha...tapi tak teruk lah sangat lah. kitaorang kne masuk dewan plak, dengar ceramah skit2 pastu kene salin baju and prepare tuk closing ceremony. kitarang bertolak balik dalam pukul 1.30, masuk bandar Kuantan and aku sampai kat umah pukul 5 ptang...

yeayyyyyyy......
tu lah aktiviti aku selama tiga hari disana. tak sempat posing sebab handset dilarang dengan sekeras-kerasnya dibawa. tak beli apa2 pun buah tangan tuk anak-anak sedara, tak sempat nak masuk tengok pun souvenir bagai. sorry guys. Team Building ni memang pack jadualnya..

p/s think positive

TIPS MUDAH TADBIR BARANG

Assalamualaikum....

Bismillahirahmanirahhim....

kengkawanku semua pe khobar? sihat hendaknya yer...yg tak sihat, sila segera berjumpa yang pakar, no tok moh2..tak baik..Ustaz2 tak per. tapi perhatikan juga apa yang dibacanya. no jampi2 k. Letakkan keyakinan pada yang Maha Esa, Insya Allah, sembuhlah segala penyakit. AMIN.

ok, sekarang ni kan semua maklum, cuti sekolah. so ramailah yang dah packing things nak bercuti..Yeayyyy..korang mestilah teramat xcited nak pergi jenjalan kan?  so macamana korang packing barang korang time nak p jenjalan? itulah topik perbincangan aku pada malam buta nih. Bagaimana nak mentadbir baju (wah, ayat tak bleh blah kau!!!! tengah malam ayat amat romantik kan hahahaha..) korang bawa berapa guni baju? seluar ni maching tak ngan baju nih? yang ladies plak lagi banyak kan, baju kecik, baju besar...hehehehe, tudung lagi, jgan lupa sepuluh pasang kasut pelbagai jenis perlu disumbat lagi...haaa kan banyak tuh...

aku nih bukan jenis yang suke p jenjalan pun, tapi disebabkn aku seorang insan yang suka mengorganisasikan barang2 dengan teratur dan tersusun,(sanagatttttt kan) so reliable lah kan tuk aku bagi tips simple ni k..(ni ikut atas korang lah, nak ikut ker tak tips ni, aku just share sedikit ilmu yang aku taw ja...huhuhu)

1. kena rancang perjalanan dan aktiviti anda.
benda ni penting taw. korang nak pergi selama mana? 3 hari ker, seminggu ker? walaupun sehari korang pergi muzium sebelah rumah pun korang kene rancang taw..seyes nih..korang juga kene rancang jugak apa aktiviti yang akan korang buat time tuh. contohnya, korang rancang nak pergi ke pulau. korang mesti nak try scuba diving, snorkeling ker, kayak ker..banyak aktiviti air kan. so korang kene taw itu semua supaya senang korang nak packing pakaian. tips mudah korang kene anggar sehari bersamaan 3 helai baju. lebih bawak tak per dari kureng kan. kan tak pasal2 pkai bju busuk..(bau bdan kalah mat tutttt, ikan dalam laut bolh pengsan taw..heheh)

2. pakaian.
benda ni memang paling rumit sekali kan. tips mudah banyakkan bawa baju dari jenis cotton. bukan pe senang nak lipat and tak berat. korang pun selesa kan. and gulung pakaian anda k, pasti akan bnyak space punyer lah..(Alahh,nnti kedut lah baju tuh...Weh, corak terbaru kot, ko sorang ja yang ada, hehehehe)

3. beg
aku suka bawak beg seret tuh, senang sebnrnya. aku bleh susun kasi cntik bju2 aku. tapi ni smua ikut yang no 1 diatas, perancangan korang.kalau setakat sehari tuh ehemehem, tak kan nak bawak beg seret jugak kan..????.
Haaa!! jangan lupa jugak beg kecik untuk korang letak dokument penting mcm pasport/visa, kamera or ubat-ubatan. kalau bolh bwk juga yg diphotostat, bukan per, takut berlaku kehilangan or kecurian nnt korang ad yg salinan untuk lapor kat pak polisi nnti.



4. peralatan mandi. 
ni memang remeh kan. kalau korng bercuti di hotel yg berbintang, tak payh bawk mandian bagai..dah disediakan. tapi kalau korang pergi berkhemah ke ngan member2 sekepala, kongsilah brng2 tu ek. Berus gigi yang sdn. bhd lah..jgn nk kongsi gak melainkan korang nak share juga penyakit gigi and mulut member korng tuh. kua kua kua.

5. ubat-ubatan
ni paling penting. ramai yang ignore benda nih. bawalah panadol sepaket (tak berat pun). memang time p korang rasa sihat, tapi sakit tak mengenal masa. so sediakan payung sebelum hujan k.

so ni tips yang paling simple aku boleh share kat korang. nak ikut, silakan, nak tambah tips pun silakan..no hal k. Selamat Bercuti. Aku doakan perjalanan korang pergi and balik selamat.Amin.

p/s Sorry Ahmad Fauzan, tak leh attend your wedding day..ada kursus perlu dihadiri. sedey sangat. by the way, Selamat Pengantin Baru, Moga Bahagia sehingga ke Syurga, cepat2 make baby hahaha coz mesti baby u akan cute mcm Mum and Dad dia...
p/s aku pun tengah bagpack barang ni, nk pergi kursus teambuilding kat Gambang resort. Insya Allah, nnti aku share pe kejadahnya aku buat kat sane. heheheh

TAHNIAH

Assalamualaikum...

entry taip ngan pantas lagi tak hengat students tengah tunggu depan pintu. (Eh, masa saya ke sekarang!!! baik punya soalan kan cikgu)..esok dah start cuti so hooorayyyyyy...bagi yang tak akan cuti, macam kami guru-guru Malaysia, sila laksanakan tanggungjawab anda ok. hehehehe

firstly, nak ucapkan tahniah pada team piala Thomas negara. Walaupun tak bawak balik piala tu, permainan korang memang best semalam. itupun aku sempat tengok time Dato; Lee, beregu ke dua (game 4) and last si Darren tuh jer...aku kene p kelas tambahan bebudah nih..game diaorang memang aku suke walaupun kene control suara pekikan itu (Almaklumlah, duk asrama sekolah, ngan warden plak tuh,).



so, kepada guru-guru sekalian, selamat bercuti. aku akn update kalau ada masa n ketika. aku tahu lau aku tak hupdate, korang akan tertanya2 kemana perginya aku kan...(penyakit koyaku datang balik...)

bubye, szaichen...

p/s Gambang Resort, here i come..yuhuuuuuu...