~~SAYANG KORANG~~

TEAM BUILDING THELP DI GAMBANG RESORT CITY


Assalamulaikum.....

im home!!!...Alive...hahahaha...weh, korang pe kabo? chat yer semua. aku agak kureng sihat dek kerana komando yang melatih kitaorang di Gambang amatlah kejam..waaaaaa, bergolek2, msuk hutan bagai...amatlah meletihkan. kaki aku ni tak larat nak bilang kesan lebam sana sini..waaaaa...tapi aku survive. hidup lagi nih..siap boleh tulis lagi ni. and good news is, berat badan maintain hahahahahha.

ni geng aku, Ateh, and Naz...kitaorang ngah daftar nak amik baju merah...paling lambat msuk dewan, tahniahhhhh,,,


1st June
 aku naik bas pukul 1.30 di Kemaman nih. jalan agak sesak and ambik masa almost 2 jam tuk sampai ke Gambang tuh. ada lori lintang jalan. sampai sane kitaorang daftar and stay kat Arabia apartment. rumah ada 2 ruang bilik, 1 bilik kongsi 3 orang. pukul 4 ptng , dah salin trek suit bagai, kene jumpa dengan komando kejam untuk exercise, panaskan sendi2 dan otot2 untuk persiapkan diri for night walking. yeahhh, night walking in the jungle. NICE!!!!

exercise ni memang terbaik ah. segala jenis lompat, larian, plank semuanya diapply. aku yang sudah lama tak berpeluh ni apatah lagi, terkinja-kinja nak follow kot. tapi demi semangat yang kental, ku gagahi jugak walaupun masuk bilik jer terus muntah2 3 bakul full..huhuhuhu 

malam tuh plak, program night walk. beramai2 masuk hutan. pastu sampai satu tahap akan dilepaskan sorang2. cayalah. berjaya melakukannya dengan mudah sekali. hahahah..ada satu masa tuh, aku kene turun dari bukit yang amat curam just guna tali. weh dah lah nak sampai ground tuh jauh jugak, tambah lagi tanah licin. aku yang takut ketinggian ni apatah lagi kan. Alhamdulillah, berjaya jugak turun bawah. habis jer program nih, terus balik, tidooooooo....

2nd June
pagi2 jadual kitarang ada physical exercise...
gambar ni diambil oleh Ateh. dia tak leh join, dia pregy. Untunglah.....kitaorang siap berguling2 macam askar nak bunuh penceroboh atas tanah. lepas breakfast, kitaorang ada plak aktiviti macam treasure hunter gitu. grup aku 10 orang. berlari sana sini cari task yang perlu dibuat. dapat points tinggi kalau berjaya buat dengan baik. kitaorang kene buat flying fox, pinball, archery...best sangat...

petangnya pula, kitaorang dibawa masuk ke Gambang waterpark. kat sini plak ada aktiviti yang melibatkan air. aktiviti sukaneka..masuk kolam beb. time ni memang best ah, satu pool tuh disewa khas untuk kitarang. tak ada orang lain. heheheheh 
malamnya plak, kitaorang kene planning untuk segment T-Help got Talent..geng aku mulanya nak buat Western Dikir, pastu tukar plak nak buat drama, then tukar lagi poems recitation last2 buat choral speaking ja. hahahaha macam 2. habis je plan, training sekali dua, balik bilik tidooooooooooooo

3rd  June
physical exercise lagi. pagi ni hujan. dalam hujan tuh jugak lah exercise..tak pe last day... sabar and redha...tapi tak teruk lah sangat lah. kitaorang kne masuk dewan plak, dengar ceramah skit2 pastu kene salin baju and prepare tuk closing ceremony. kitarang bertolak balik dalam pukul 1.30, masuk bandar Kuantan and aku sampai kat umah pukul 5 ptang...

yeayyyyyyy......
tu lah aktiviti aku selama tiga hari disana. tak sempat posing sebab handset dilarang dengan sekeras-kerasnya dibawa. tak beli apa2 pun buah tangan tuk anak-anak sedara, tak sempat nak masuk tengok pun souvenir bagai. sorry guys. Team Building ni memang pack jadualnya..

p/s think positive

No comments: