~~SAYANG KORANG~~

Tips Penjagaan Wajah Remaja


Assalamualaikum…

Okeh, arini kak Bedah nak cakap pasal penjagaan muka anak-anak remaja kita sekarang. Almaklumlah kak Bedah duk kat sekolah, hari-hari tengok muka berminyak diaorang. Naik fonin kak Bedah taw. Hahaha..

Remaja dan jerawat memang sinonim. Ceewahh, kerrrlas ko Bedah!!  Ya betul sesangat ok. Memang tak dinafikan. Diorang mudah dihinggapi, disinggahi sang jerawat yang kadang-kadang mak bapak jerawat join sekali. Kesian kat muka dik oiii..so nih hakak nak gitaw sikit.

Akak pun tak pandai bab2 nih tapi apa yang akak taw adalah mengenai 3 benda asas basuh muka..haaa tudia eh….

1. Pencuci muka.
Korang kena carik pembersih muka yang sesuai dengan jenis muka adik-adik akak sekalian. Kalau muka berminyak carilah jenis yg mengandungi H2O aka ayakk bak hang…hahaha cuci muka anda secuci cucinya ok. Bagi orang islam lagi baguihhh, sebelum hang amik air sembahyang, cuci muka hang betul-betul, tonyoh bahagian dahi, dagu and pipi uh…WAIT…cuci muka dengan pencuci muka hanya dibenarkan 2 kali sahaja ok. Pagi hang nak p sekolah, and malam time hang nak tidoq. Yang selebihnya, basuh ngan air biasa sahaja.. bukan apa, tak nak bagi kulit tuh hilang minyak yang baik…Pelembap original.

2. Penyegar
Benda nih bagus, dia akan merawat pori-pori kita yang terbuka tadi, time kita cuci muka tuh. Lepas cuci muka guna penyegar plak. Guna tisu muka, dapp dapp kan kat muka hang tuh. Yang nih kak Bedah suggest buat sekali sehari time korang nak tido tuh..malam kulit kita akan berehat dan penyegar nih akan berkerja dengan kuatnya tuk membaiki muka kita..yuhuuuu…

3. Pelembap
Ni yang paling last dan yang paling penting hokeh.. PENTING. Pelembap nih akan membuatkan kulit kita yg kering kembali basah dan anjal. Pelembap ni macam supporter lah tuk kulit lagi gebu, lembut dan mulus. Akak nasihatkan korang pakai pelembap 2 kali. Time nak pergi sekolah and malam nak tido.
Seminggu sekali tuh, kalu rajin scrub lah muka yer..kalu rajin and ada duit lebih…Tapi budak sekolah sekarang banyak duit, pakai Iphone kot…hahaha

Akak tak akan suggest mana-mana produk sebab akak tak nak lah diorang semua mencari-cari akak tuk jadi ejen dropship lah, duta ker..akak tak suka publisiti macam tuh.hahaha So korang pandai-pandailah cari sendiri produk yang sesuai dengan kulit korang ok.

Satu lagi pesanan K.Bedah hang nih, jangan duk tergedik-gedik nak tepek compact powder bagai, cc cream, bb cream ker kat muka hang k..JANGAN. pakai sunblock jer. Time musim panas cenggini lah. Kalau boleh biarkan muka muda anda bebas dari sebarang tampalan-tampalan bedak. Let It free..
Sekian

p/s sebarang kerosakan pada kulit wajah anda adalah tanggungjawab anda sendri. Duishhh odo punyer k.Bedah nih…

p/s sekali lagi…cubalah tanpa was was..tu yg hakak amalkan. Alhamdulillah, tak adalah mulus, tapi mak bapak jerawat tuh tak singgahlah…

Orang Baru


Assalamualaikum....

Dalam dua tahun menyepi nih, banyak perubahan berlaku especially dalam keluarga besar En.Mamat nih...kakak ak yg nombor 4 (aku ada 5 orang kakak, bagi yg tak tahulah...huhuhuhu) memberanakkan dirinya hahahaha..ayat lebih proper, telah pun melahirkan seorang lagi cahaya mata. anak yang ker 5 dah wei... 

hello dunia...im muhammad aakiff aiman...
Bagi aku nih rahmat Allah yang paling best, sebb keluarga ak bertambah besar lagi...plus baby kot...best dicium, didukung, didodoi...Mother instinct tuh...hahaha...

Seriusly dulu ak ngan baby agak alah lah...Aku x suka...Ak tak suka dgr diorng merengek, lembik, kepala tak leh tegak..but then, sbb dah tua kot hahaha perasaan tuh 100 percent berubah..Tak tgk si Akif nih ak rasa rindu, tak cium dia rase berdosa plak...uish dasyat kan...HUHU

Or maybe jugak sebb ak jaga budak nih so timbul rasa sayang tuh...hahahaha mesti korang tertnya2,

 "Weh, ko dah ad 12 orang ank sedara kot, sebelum nih ko tak syng kat diorng ke? "

bukan tak sayang, SAYANG, tapi tak pegang ah..hahaha...diorang besar sikit or umur dua tahun baru aku pegang or main..OK, jgn tnya lebih2, ak xtaw nk explain nanti...hahahaha

Last word dri ak, sayangi kanak2 ok, diorang sangat comel...very adorable..time tak bnyak karenah lah..alah, diorng nih buat hal time lapar, nak tidur or tak selesa sebab pampers basah jer...senng nk jaga weh...so please, please, please, doakan aku cepat kahwin sebab aku nak baby...hahahaha ONGOKS

p/s kne taip cepat2, ak ada kelas nih..
ok bye...

Welcome Back

assalamualaikum...

Last publish 2014. Uish 2 tahun kot aku berhenti berbelog nih..Apa yang aku buat entoh? hahahaha
Tak per, tak per..ni aku bagi teaser sikit, yes i'm back..hahahaha teaser lah sangat kan...

okeh, i will never leave you again...hahaha..


~~Perubahan...berubah~~

  Assalamualaikum...

kenkawan bloggers ku semua macamana kehidupan anda? baek atau tidak? diharap semua berjalan lancar yer..Amin..buat kesekian kali (cewah!! ayat bahasa melayu A1 nih hehehe), aku menulis lagi...agak sibuk dengan dunia pekerjaan yang baharu dijalani. agak janggal pada mulanya namun Alhamdulillah kini semua berjalan lancar. Syukur tak terkira buat si Dia yang menulis corak kehidupan ini dengan sempurna. Alhamdulillah..

terlalu banyak perubahan telah berlaku dalam hidup ini. aku dah bergelar seorang pendidik yang suatu ketika dulu kerjaya ini tidak pernah singgah dalam benak fikiranku. ahli keluargaku juga sudah bertambah apabila adikku kini sudah bergelar isteri orang, dan juga kehadiran si comel Anis Nur Ramadhani..semua ini menyedarkan aku tentang sesuatu.

Perubahan dalam hidup pasti berlaku namun berubahlah kearah kebaikan bukan keburukan..
dari jahil kepada berilmu
dari kedekut kepada rajin bersedekah
dari riak, ujub kepada rendah hati
dari lalai solat kepada rajin solat
dari tinggal puasa kepada ganti dan penuhkan puasa
dari suka mengumpat kepada suka berzikir
dari berfikiran negatif kepada bersangka baik

diharap sedikit nasihat ni menjadi panduan untuk sahabat melakukan perubahan dlam hidup dan berubah menjadi yang lebih baik..Amin..


p/s cakap senang tpi nak buat agak payah, namun yakin, istiqamah dan sentiasa berdoa agar Allah S.W.T sentiasa menunjukkan jalan yang benar kepada kita..Insya Allah...

SEKOLOH

Assalamualaikum....





Welcome back to sekoloh...hahahahaha...

p/s tak lena tidur, arini mata tahap gaban ngantuknya...

BILA NAK KAHWIN?

Assalamualaikum...

Maaf lah kiranya aku kureng menjenguk korang dua tiga hari nih kan. Almaklumlah dalam mood cuti sekolah kot. Hahaha

Ramai yang melangsungkan perkahwinan time cuti sekolah nih. Sana sini kenduri orang kahwin kan. Aku pun dapat jugak beberapa jemputan tapi satu pun tak pergi.(kureng asam jawa punya budak...sekeh kepala sendiri) Ish...bukan tak nak pergi, tapi urusan sentiasa menghalang. So Sorry sangat2 yer kengkAwan sekalian..

Disebabkan skrang musim orang kahwin, terdengarlah soalan di halwa telinga anak kak Ton nih (seriusly, mak aku memang orang panggil kak Ton aka Zaitom..hehehe.)..bila nak kahwin? awak tuh bile nak kahwin? Calon nya mana? eh, tak bawak teman ke? dengar kata adik nak kahwin tahun nih, kakok dia bile plok?aku malas nak tulis versi panjang soalannya, nanti korang termuntah hijau plak...heheheh...arghhhh, malasnya nak jawab soalan tuh...

beb!!! seriusly, bukan aku tak nak kahwin. kalau boleh saat ni, ketika ini aku nak kahwin beb (amboiiii, desperatenya kahkahkah...)sorry k semua orang ada niat untuk berkahwin kan. semua orang berimpikan hidup berpasangan. eden pun gitu gak wehhh....cume masalahnya, masih belum dijumpai jodohnya. hehehehe..

Dan aku kalau boleh dah tak nak bercinta. maksud aku, no more couples thinggy, terus tunang and kahwin. nak bercinta cintun cara yang betul iaitu AFTER NIKAH. aku nih bukanlah alim sangat pun, tapi bagi aku keberkatan dalam perkahwinan amatlah harus dititikberatkan. kita nak bina rumahtangga dimana disitulah kita akan melahirkan zuriat kita. zuriat yang soleh dan solehah. zuriat yang baik di akhirat kelak.  tuh tujuan utama kita kahwin kan...

tq google image...

tapi kalau kita dah buat maksiat sebelum nikah, ermmm (korang jangan nak kata korang tk buat maksiat time couple yer, korang talk on the phone kul 2 3 pagi tuh dah dikira maksiat ok.dengan suara ala2 romantik, .sorry to say guys,...). so bagaimana kita nak cari keberkatan tuh???? 

benda nih memang susah nak explain. korang p lah tanya uztaz or ustazah terdekat k. 

aku memang meyerahkan hal jodoh ni seratus peratus kepada yang Esa, Dia yang lebih mengetahui. Tapi dalam masa yang sama kita kena usaha jugak kan..so, aku pernah bagi hint kat mak aku sal hal nih, aku nak suruh family carikan..tu salah satu usaha aku termasuklah berdoa. yuppp, doa tuh penting. doa tuh senjata orang mukmin..salah satu cara lagi, aku suh kenkorang tolong carikan boleh? hahahahaha

tu jer tuk malam ni, kalau aku ada salah fakta, sila tegur k. no big deals. kita hidup nih kene berpesan-pesanan antara kita, jgn kedekut ilmu nak share, jgan segan bertanya. 

p/s  kalau anda BOTAK, extra bonus tuk anda kahkahkah....

TEAM BUILDING THELP DI GAMBANG RESORT CITY


Assalamulaikum.....

im home!!!...Alive...hahahaha...weh, korang pe kabo? chat yer semua. aku agak kureng sihat dek kerana komando yang melatih kitaorang di Gambang amatlah kejam..waaaaaa, bergolek2, msuk hutan bagai...amatlah meletihkan. kaki aku ni tak larat nak bilang kesan lebam sana sini..waaaaa...tapi aku survive. hidup lagi nih..siap boleh tulis lagi ni. and good news is, berat badan maintain hahahahahha.

ni geng aku, Ateh, and Naz...kitaorang ngah daftar nak amik baju merah...paling lambat msuk dewan, tahniahhhhh,,,


1st June
 aku naik bas pukul 1.30 di Kemaman nih. jalan agak sesak and ambik masa almost 2 jam tuk sampai ke Gambang tuh. ada lori lintang jalan. sampai sane kitaorang daftar and stay kat Arabia apartment. rumah ada 2 ruang bilik, 1 bilik kongsi 3 orang. pukul 4 ptng , dah salin trek suit bagai, kene jumpa dengan komando kejam untuk exercise, panaskan sendi2 dan otot2 untuk persiapkan diri for night walking. yeahhh, night walking in the jungle. NICE!!!!

exercise ni memang terbaik ah. segala jenis lompat, larian, plank semuanya diapply. aku yang sudah lama tak berpeluh ni apatah lagi, terkinja-kinja nak follow kot. tapi demi semangat yang kental, ku gagahi jugak walaupun masuk bilik jer terus muntah2 3 bakul full..huhuhuhu 

malam tuh plak, program night walk. beramai2 masuk hutan. pastu sampai satu tahap akan dilepaskan sorang2. cayalah. berjaya melakukannya dengan mudah sekali. hahahah..ada satu masa tuh, aku kene turun dari bukit yang amat curam just guna tali. weh dah lah nak sampai ground tuh jauh jugak, tambah lagi tanah licin. aku yang takut ketinggian ni apatah lagi kan. Alhamdulillah, berjaya jugak turun bawah. habis jer program nih, terus balik, tidooooooo....

2nd June
pagi2 jadual kitarang ada physical exercise...
gambar ni diambil oleh Ateh. dia tak leh join, dia pregy. Untunglah.....kitaorang siap berguling2 macam askar nak bunuh penceroboh atas tanah. lepas breakfast, kitaorang ada plak aktiviti macam treasure hunter gitu. grup aku 10 orang. berlari sana sini cari task yang perlu dibuat. dapat points tinggi kalau berjaya buat dengan baik. kitaorang kene buat flying fox, pinball, archery...best sangat...

petangnya pula, kitaorang dibawa masuk ke Gambang waterpark. kat sini plak ada aktiviti yang melibatkan air. aktiviti sukaneka..masuk kolam beb. time ni memang best ah, satu pool tuh disewa khas untuk kitarang. tak ada orang lain. heheheheh 
malamnya plak, kitaorang kene planning untuk segment T-Help got Talent..geng aku mulanya nak buat Western Dikir, pastu tukar plak nak buat drama, then tukar lagi poems recitation last2 buat choral speaking ja. hahahaha macam 2. habis je plan, training sekali dua, balik bilik tidooooooooooooo

3rd  June
physical exercise lagi. pagi ni hujan. dalam hujan tuh jugak lah exercise..tak pe last day... sabar and redha...tapi tak teruk lah sangat lah. kitaorang kne masuk dewan plak, dengar ceramah skit2 pastu kene salin baju and prepare tuk closing ceremony. kitarang bertolak balik dalam pukul 1.30, masuk bandar Kuantan and aku sampai kat umah pukul 5 ptang...

yeayyyyyyy......
tu lah aktiviti aku selama tiga hari disana. tak sempat posing sebab handset dilarang dengan sekeras-kerasnya dibawa. tak beli apa2 pun buah tangan tuk anak-anak sedara, tak sempat nak masuk tengok pun souvenir bagai. sorry guys. Team Building ni memang pack jadualnya..

p/s think positive