~~SAYANG KORANG~~

RM500 ribu



Assalamualaikum…

Korang ada banyak duit tak? Berapa banyak duit yang pernah korang pegang ditangan korang sehari? Seratus, dua ratus, ataupun seribu, dua ribu? Tanya lagi…Korang pernah pegang duit Ringgit Malaysia sebanyak 500 ribu tak? Meh nak habaq hang (cewah, loghat bestfriends dah msuk nmpak huhuhu), yang aku dah pegang, bau dan belanja duit sebanyak tuh bebaru ni..Aku kaya beb…aku dapat durian runtuh. Korang tak percaya? Meh nak habaq hang skali lagi..CERITANYA BEGINI…Jeng jeng jeng..(ada unsur suspen disini yer hahaha)

Time tu lepas magrib. Magrib kat sini tepat kul 7 taw, so kul 6.30 lagi aku dah siap mandi and prepare nak solat coz nak tengok criter Love you, Mr. Arrogant.( Kureng ajar punyer budak, bukan nak duk lama atas tikar sejadah, ngaji ke hapa, nak ngadap tv cepat2 adalah!! Lepas ni tak buat lagi, insaf.) Lepas solat, bersegeralah aku mengadap cerita tuh..Sesambil tuh mulut dengan asyik kunyah kuaci and melantak cekedih (mana tak obesity ko yani oiii!!!). Tetiba terdengar bunyi besi pintu pagar rumah aku. Melompat lah aku ngan adik aku time tuh..(Kitaorang memang anti bunyi pintu pagar coz kitaorang tengah tunggu orang masuk minang kahkahkah)
So, aku pun jenguklah ketingkap, sambil buat muka ayu. Aik!!!tak ada orang plak…Kereta parking depan pintu pagar pun tak ada. Tetiba adik aku tunjukkan aku satu bungkusan berupa beg di depan pintu pagar rumah kitaorang..time nih dah naik bulu roma den. Takut kes orang buang bayi depan umah aku. So kitaorang per lagi, bergegas turun tengok per dalam bungkusan tuh. Mula-mula, agak takut lah jugak. Manalah taw, orang dengki kat kekiutan aku, pastu lempar bom depan umah aku..tak pasal-pasal jadi warga Palestin plak..tak pun, macam yang aku cakap tadi lahabau senget buang bayi ker?

Dengan menggunakan kayu, aku cube gerakkan beg itu. Tak ada gerakan ataupun sebarang bunyi. So dengan keberanian yang tinggi (walaupun tangan terketar-ketar), aku buka beg tersebut..Jeng jeng jenng korang nak taw per kat dalam beg tuh.. DUIT habaq hang….not seratus ringgit Malaysia berkepuk-kepuk dalam beg tuh… Apa lagi hati gumbira bukan main tengok duit yang banyak tuh..banyak taw tak. Dalam 500 k. ko nak buat apa dengan 500 k ni weh? Ni senarai yang aku buat dengan duit tuh..hahahahaha
1.          Aku bayar duit muka kereta idaman ku
2.          Aku beli pakaian, alat mekap(macam aku ni jenis tempek bedak),
3.          Bayar hutang ptptn(ish!!! sepatutnya ni aku letak no 1 kot)
4.         Aku bawak mak aku pergi holiday di Pulau Kapas. Calet Mak cik Gemuk huhuhu

Balik dari percutian tuh, duit still ada. So seterusnya aku bercadang nak singgah ke kedai emas. Harga emas sekarang jatuh so memang elok sangat lah aku beli emas tuh. Berkenan benar aku ngan set barang kemas yang bertatahkan permata di dalam bekas pameran tuh. Bling-bling mata aku sekejap. Ye lah time takde duit dlu layak lalu jer depan kedai mas, sekarang bila ada duit sikit bukan main seluruh kedai tuh aku tengok taw.. Tetengah syok biji mata aku melilau tengok emas, aku dikejutkan dengan tepukan keras di bahuku. Tersentap aku dari mimpi yang indah.
“oiiii!!!dah nak lari suboh mung kak, tak mboh bangung agi ker?”

Haaa, korang pernah pegang duit rm50 k tak macam aku..jangan jeles. Hahahahaha
p/s sambil dengar lagu Kalau Aku Kaya…
p/s berangan tak sudah…

Exercise Jari

Assalamualaikum..

Fuhyooo!!!! 
Teruk giler blog nih..Bersarang kot tinggal lelama..huhuhuhu..Nak buat macamana kan, penulis dia sibuk memanjang. Akuler tew..

Diary ko per kabo? Chat? Aku sihat. Alhamdulillah malah makin bertambah berat badan aku yang sememangnya ermm korang paham lah sendiri yer..huhuhuhu!!! Ni semua kes "Akulah Penganggur". Kalau aku kerja mesti dah lama slim. ececeh!!!  Macamlah aku ni pernah kurus suatu zaman dahulu.

Entry ni aku buat untuk exercise aku punyer jejari dan buat otak aku bergerak ligat sebelum aku start menulis balik di blog ni..So korang tunggu taw..(ada ker orang yang tunggu????) Dan ko diari, jangan nak buat hal tenet ko lembap or malas ker taw...huhuhu

bye bye diary...smile=)


jobless me...

p/s cerita menarik menanti anda...
p/s blogwalking

~~Panggil aku YANI~~

salam...
 
korang pernah kenal tak sesiapa yang bernama Yani? ataupun korang pernah jumpa tak orang yang bernama ni? Macamana orangnya? Memang ada orang yang bernama Yani ni..tapi tak ramai kan..nama penuhnya mungkin berbeza tapi panggilan Yani tetap sama. dulu masa sekolah tak ada pun orang yang nama panggilannya Yani.
Bagi aku yang panggilan Yani ni amat janggal. tak tahu kenapa? bukan sahaja janggal tapi tak suka pun. Mula tertanya-tanya, daripada mana Mak boleh cari nama Yani nih? Pakai hentam keromo jer ker, bukak kamus ker? kalau bukak kamus, kamus bahasa apa lah yer? and apa lah maknanya?

tapi lama kelamaan, aku dah boleh terima nama ni. baru aku tahu yang mak ak bukak kamus Greek hahahaha..Lain daripada yang lain. dan yang lain itulah membuatkan aku unik.(uniklah sangat kan hahaha). nak dijadikan cerita yang nama Yani ni pun sebenarnya popular jugak..hehehe...jeng jeng jeng..

korang kenal insan hensem kat atas ni..ni lah Yani. hahahaha seorang pemain piano, komposer, dan producer muzik yang terkenal. lau korang nak kenal lebih korang baca sendiri pasal insan ni kat SINI k. untuk pembaca tersayang sekalian, saksikanlah kehebatan Yani ni yer..


aku nak letak video kat cni, tpi line agak lembap and my Mum pun dah panggil so korang rerajin lah sendiri klik kat SINI  K.amacam best tak? kalau best, sila tepuk tangan sorang2..heheh

ok lah, itu sahaja untuk hari ni..Selamat malam semua. Semoga hari esok lebih baik daripada hari ni. Amin..

p/s masa untuk membalas jasa ibu yang menjaga kita ketika sakit..Alhamdulillah, masih berpeluang untuk itu..
p/s Parlimen dah bubar, tak sabar nak pergi mengundi buat kali pertama nih..siapa pilihan hati? huhuhu UNDI ITU RAHSIA hahahaha

That Winter the Wind blows & King of Ambition



salam semua rakan blogers..dah lama yani tak menulis di sini kan. maaflah yer kekangan masa. mintak maaf banyak-banyak.

Korang suke tengok cerita korea tak? uish yani time zaman belajar dulu sanggup bersengkang mata tengok cerita korea ni. apa-apa tema asalkan jalan cerita yang menarik yani akan tengok. tambahan pula member suggest cakap cerita itu best, ini best. memang akan pergi cari. suka pada cerita korea ni tak habis zaman belajar jer. Duk umah pun layan korea jugak. cerita yang yani layan kat rumah sekarang ialah That Winter the Wind Blows dan King of Ambition. besttt ooo cerita ni..


pelakon cerita ni ialah Jo In-sung, Song Hye kyo, Hee Bum and dll. Jalan cerita dia amat menarik. lau korang nak taw korang tengok lah yer kat channel 391 or 392 hari rabu and khamis pukul 9..yani tak leh nak download coz pkai broadband nnti line jdi teramat slow. so kne tengok ikut television sahaja. satu lagi cerita ialah King of Ambition.

.
cerita ni pun teramat best. satu family tengok cerita ni. mula2 start tengok cerita ni, mak bukan main marah, tapi sekarang dia yang tolong peringatkan. hahahaha...cerita ni dibintangi oleh pelakon Kwong San Woo, Soo Ae, U Know Yunho,Kim Sung Ryung and dll. cerita ni pasal matlamat ataupun cita-cita yang dikejar oleh seorang wanita sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh. cerita ni korang boleh tengok kat channel 393 S one kul 9 malam waktu Malaysialah kan..hahaha...korang tengok lah, best taw..huhuhu

p/s mencari dan terus mencari tanpa henti..harus mencari walaupun ianya tidak pasti..
p/s susah nak mencari keihlasan, yang ad cume insan yang bernama Ikhlas..tu pun tak jumpa gak lagi..
p/s tema harini ialah mencari yer..hehehe

~Apa jawapan dua puteraku itu?~



Assalamualaikum....
Entri kedua tuk hari ini. Alhamdulillah...
Tadi, baby ada membaca buku Mastika. baby memang gemar baca buku ni kerana banyak cerita didalamnya. baby begitu tertarik dengan satu cerita ini...

Ianya sebuah kisah tentang Khalifah Harun Ar-Rasyid dimana merupakan khalifah Bani Abassiah. Baginda memperoleh dua orang putera bersama permaisurinya iaitu Al-Makmun dan Al-Amin.Kedua-dua orang puteranya itulah yang bakal menggantikan baginda sebagai khalifah. Tetapi soalnya, siapa yang paling layak?  

Sebagai persediaan mengambil alih jawatan, Khalifah Harun memberikan didikan yang sempurna kepada putera-puteranya. Para cendikiawan dari seluruh pelosaok dunia juga dipanggil untuk memberi ilmu kepada Al-Maknun dan Al-Amin.

Suatu hari, Khalifah Harun memanggil semua guru putera-puteranya dan meminta mereka memberikan pandangan siapa yang sepatutnya menggantikan tempat baginda. Kesemua guru tersebut bersepakat mengatakan, Al-Maknun. Para pembantu kedua-dua orang puteranya juga dipanggil dan ditanya pandangan mereka dan bersetuju menyatakan Al-Maknun yang paling layak.

Tetapi benarkah? Khalifah Harun ingin menyelidik lebih dalam, lantas memanggil ketua pengasuh Al-Amin.
"Wahai wanita budiman, cuba kau berpura-pura kepada puteraku Al-Amin, kononnya kau telah diberitahu bahawa jawatan khalifah akan diberikan kepadanya. Lihat bagaimana sikapnya nanti".
Arahan yang sama diberikan juga kepada pengasuh Al-Maknun.

Apabilaketua pengasuh Al-Amin pulang selepas menyempurnakan arahan tersebut, Khalifah Harun terus bertanya tentang reaksi puteranya itu. Jawab pengasuh tersebut...
"Wahai Amirul Mukminin, Al-Amin berjanji akan memberiku hadiah yang sangat besar seandainya dia menjadi khalifah kelak".
Baginda Harun terkejut mendengar jawapan puteranya itu. Dia mengalihkan pandangan kepada pengasuh Al-Maknun pula.
"Bagaimana sikap puteraku itu?" tanya Khalifah Harun.
"Wahai Amirul Mukminin, puteramu itu amat berduka cita apabila mendengar berita itu. Al-Maknun berkata, dengan penggantian jawatan, ini bererti kematian ayahandanya".

Khalifah Harun tersenyum, memang Al-Maknun layak menggantikannya.  

(sumber Mastika, Julai 2008)

p/s renung-renungkanlah..

soalan pedish

pe khabar sedara sedari sekalian? diharap semua sihat sejahtera..semenjak dah tamat pengajian nih, banyak benda dah berubah..pergi ke umah sedara mara, soalan pertama yang ditanya, dah kerja? ermm dengan muka semonyetnyer, menjawab belum...nak rehat dlu..hahaha..rehatlah sangat sampai badan pun dah macam tong dah besarnya...

soalan yang lagi best ditanya, bile nak kahwin? fuh...yang ni memang agak payah nak menjawabnya. tambah-tambah lagi adik dah nak diikat..oiii agak sesak tuh nak menjawabnya...mak pun dah bagi isyarat sila blah dari rumah ak cepat2,  senang..tak menyesakkan mata...hahaha...waduh omak, ankmu masih single and availble nih...aish nak cari kat mana yer calon suami? sapa yang nak kat kita nih, sila angkat kening hahaha...

by the way, congratulation to my cousin shahida(Along) kerana sudah menamatkan alam bujang..semoga rumah tangga yang dibina berkekalan, dan dicucuri dengan limpah dan rahmat dari Allah s.w.t. Amin..

p/s gambar tak der, coz camera dslr ada kat kedai Uncle Wong hahahaha
 
 
dah lama tak menghupdate blog nih kan..sorry le sesangat yer...selalu ada kekangan....by the way, this is only the warming up update..nothing much to write..just to drop by jer...huhuhu


please forgive me for any inconvenience that i has made..love u alot....