~~SAYANG KORANG~~

~~Panggil aku YANI~~

salam...
 
korang pernah kenal tak sesiapa yang bernama Yani? ataupun korang pernah jumpa tak orang yang bernama ni? Macamana orangnya? Memang ada orang yang bernama Yani ni..tapi tak ramai kan..nama penuhnya mungkin berbeza tapi panggilan Yani tetap sama. dulu masa sekolah tak ada pun orang yang nama panggilannya Yani.
Bagi aku yang panggilan Yani ni amat janggal. tak tahu kenapa? bukan sahaja janggal tapi tak suka pun. Mula tertanya-tanya, daripada mana Mak boleh cari nama Yani nih? Pakai hentam keromo jer ker, bukak kamus ker? kalau bukak kamus, kamus bahasa apa lah yer? and apa lah maknanya?

tapi lama kelamaan, aku dah boleh terima nama ni. baru aku tahu yang mak ak bukak kamus Greek hahahaha..Lain daripada yang lain. dan yang lain itulah membuatkan aku unik.(uniklah sangat kan hahaha). nak dijadikan cerita yang nama Yani ni pun sebenarnya popular jugak..hehehe...jeng jeng jeng..

korang kenal insan hensem kat atas ni..ni lah Yani. hahahaha seorang pemain piano, komposer, dan producer muzik yang terkenal. lau korang nak kenal lebih korang baca sendiri pasal insan ni kat SINI k. untuk pembaca tersayang sekalian, saksikanlah kehebatan Yani ni yer..


aku nak letak video kat cni, tpi line agak lembap and my Mum pun dah panggil so korang rerajin lah sendiri klik kat SINI  K.amacam best tak? kalau best, sila tepuk tangan sorang2..heheh

ok lah, itu sahaja untuk hari ni..Selamat malam semua. Semoga hari esok lebih baik daripada hari ni. Amin..

p/s masa untuk membalas jasa ibu yang menjaga kita ketika sakit..Alhamdulillah, masih berpeluang untuk itu..
p/s Parlimen dah bubar, tak sabar nak pergi mengundi buat kali pertama nih..siapa pilihan hati? huhuhu UNDI ITU RAHSIA hahahaha

No comments: