~~SAYANG KORANG~~

LANGKAH PERTAMA: T.H.E.L.P. 2

Assalamualaikum…

Sahabat-sahabat sekalian. Semoga sihat hendaknya..ok hari ni aku nak sambung bab kerja aku nih. Cewah, macm kerja menteri besar jerk an siap duk bubuh dalam blog. Macam “koya” ja. (aritu aku dah bgitaw kan maksud dia, so korang mesti dah arif kan…huhuhuhu).

Tak kira, (sambil buat muka tak heran…) aku nak story gak sebab ada isi yang bagi aku wajib dijadikan teladan buat korang semua..aku start story ni dengan soalan Macamana aku dapat kerja ni? (AMBOIII..HUHUHU)

One fine day, (cewah, omputih plak dia kuor), 16 hb 4, tepat pukul 10:35 malam,aku ni duk lah bukok pesbuk. Msuk lah laman2 tuk cari kerja. Almaklumlah, orang menganggur tulah kerja dia. Lepak depan pc cari laman web yang offer kerja. Nak dijadikan kerja nih rezeki aku, aku pun terbuka lah laman web Yayasan Terengganu. Wah, menarik ini punyer kerja. (bisik hati kecilku…mcam dalam novel plak rasenya huhuhu). So aku pun isilah apa yang diorang nak. Time tuh aku memang tak tengok pun dia punya duedate.
Tetiba mata aku terpandang akan tarikh luputnya tawaran tu. OMG, tarikh luput nya adalah kul 12 malam tu jugak..dah lah banyak benda kena isi termasuk no ic parents aku. Dengan pantas aku menggerakkan ibuku dari mimpi yang indah sebab nak tanya no ic dia. (aku memang tak ingat pun no dia, no telepun aku pun boleh berterabur nak ingat, inikan pulak ic mak aku, tak ada maknanya Jah…). Mak aku dengan mata yang masih terpejam, mengambil icnya. Sebelum aku blah dari bilik mak aku tuh, dengan kuasa bulan macam Sailormoon tuh sempat lagi mak aku bagi flying kick sebab ganggu dia tidur and tengah mimpi Rajnikant. Sempat lagi member tazkirah, jangan buat kerja last minute, jangan ganggu orang tido dan bla bla bla(korang mesti tak caya kan? Hahaha betul beb, habaq hang..)

So aku per lagi, pecut weh isi borang. Finally, dengan izin Allah s.w.t dan lafaz Bismillah, akhirnya aku berjaya menghantar borang ku itu. Amin. Selepas dua hari, aku dapat panggilan telefon untuk pergi interview. Uishhh, ni lah saat yang paling menakutkan bagi aku. Sal interview nih, nanti kat lain entry k. Pasal interview ni, aku boleh buat satu entry khas tuh cerita kat korang pengalaman aku hehehehe.

Dua minggu lepas interview, dapat panggilan telefon, cakap aku berjaya dapat kerja nih. Wehhh, meleleh air mata taw, Allah S.W.T dengar rayuan aku setiap kali lepas solat. Alhamdulillah. Orang pertama yang aku bagitau berita gumbira ni mestilah my MUM kan. Dia pun apa lagi, berteriak lah menangis macam budak tak dapat susu. Mak aku memang drama queen taw. Ratu air mata katakan. Hahahahah.

Ok. Sebelum aku start kerja nih, kitaorang diberi kursus selama 3 hari 2 malam di Hotel pe ntah aku kurang ingat lah. Lepas tuh, kami diserahkan kepada pengetua sekolah masing-masing dan melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan penuh kesabaran, iltizam yang kuat dan sebagainya. Hahahaha.. (Ayat bahasa melayu minta pelempang…).

Begitulah sedikit sebanyak yang aku bleh kongsi kat korang. Bukan nak berbangga, tapi bagi aku yang pernah menjadi penganggur kehormat suatu masa dahulu, aku nak bagitahu pengalaman aku mencari kerja demi kelangsungan hidup (kahkahkah…) dan aku juga nak bagitaw kat korang, MINTA LAH PADA YANG ESA, JANGAN SEGAN ATAU MALU, KERANA DIALAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA TERMASUKLAH REZEKI KITA. Dan jangan pulak korang putus asa, korang doa dah berbakul2 tapi still tak dapat. Rezeki itu ada, yang penting usaha, jangan cepat mengalah and be positive. 

Oklah, itu sahaja bebelan aku tuk hari ini. C u when I c u.

p/s SELAMAT HARI GURU

No comments: