~~SAYANG KORANG~~

T.H.E.L.P



Assalamualikum…

Korang korang semua mesti sihat belaka kan, lau tak, tak mampu nak ngadap laptop kan. So buang introduction panjang-panjang ok. Disebabkan aku dah lama tinggalkan dunia ke “koya” an aku di blog ni, aku nak gitaw sal satu benda yang penting yang berlaku dalam hidup aku. Sebelum aku melalut sampai ke Sweden, aku bagitau dulu maksud “koya” tu eh. Ianya bukan sejenis makanan dalam resepi Cik Mat Gebu tuh, ianya bermaksud berangan, berkhayal..Today is Terengganu dialect day. Hahahahaha.

Sebelum ni korang mesti ad baca entry aku ajar students aku chorosical bagai tuh kan and korang mesti assume aku seorang guru kan? Ehem ehem..sebenarnya TIDAK. Aku bukan seorang guru. Jawatan yang kusandang hanyalah sebagai pembantu guru. Nak kasi up sikit PEMBANTU GURU BAHASA ENGGERIS. Mesti korang tak pernah dengar kan. Jawatan ini hanya ada kat Negeri Terengganu sahaja dibawah program TRENGLISH.

Aku x ske cakap sal politik almaklum memang tengah hangat sekarang tetapi kena kepilkan jugak sikit. Tak boleh blah gne ayat kepilkan tuh. Hahahaha. Program ni telah dirancang ketika dibawah pentadbiran former Terengganu MB, you know who-mcm Harry Potter punyer crita jer- tujuan nya adalah untuk memperkasakan rakyat Terengganu dengan bahasa inggeris. Kita semua maklum (ecece, ayat tak bleh blah tuh), tahun 2016 nanti pelajar wajib lulus BI, so Terengganu mengambil initiatif untuk menubuhkan satu badan untuk melaksanakan program ini. Aku tak le ulas panjang2 coz ni rahsia Negara lh sangattss. (nak cover nak pendekkan cerita sebenarnya hahahaha).



So dengan adanya kami, Guru Pembantu Bahasa Enggeris or kitaorang menggelarkan diri kitaorang THELP dpat membantu guru guru BI kita disekolah. Dan bermulalah juga perubahan dalam hidup aku. YES, I'M NO JOBLESS NOW. Fuiyooooo..karangan panjang diatas sebenarnya nak cover malu tahap empatbelas nak gitaw korang selepas 27 tahun akhirnya aku pegang duit sendiri. Tu jer sebenarnya. Hahahahaha..cepat2 cover muka dengan alas meja nih..

So macaman aku bleh terjebak masuk ke kancah perkerjaan dan dibawah bidang pendidikan ni nanti aku story mori dalam laen entry k..tak leh banyak2, nanti korang muntah hijau pulak. Lagipun aku tulis banyak2 bukan nak comment pun. Sedeyyyyy jer. Waaaaaa…

p/s weh dah hari Khamis dah ek…yeayyyyy jumpa kekasih hati hari ni. “Mok, lauk gape hari ni?”…hahaha
p/s ehem ehem, latih bagai nak rak, cenggitu plak jadinya. Cam sedeyyyy..next entry lagi

SEGMEN BLOGGER ACTIVE

Assalamualaikum..

aku nih bukannya aktif sangat pun, tapi disebabkan aku jenis yang suka masuk jengah blog orang and op cos nak geng-geng ramai, so aku join segmen nih. korang pun wajib join gak taw. 
Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3 insyallah


klik banner untuk join the community :D

good luck !


APLIKASI TELEPON

Assalamualaikum…

Olla sahabatku semua. Semoga sihat hendaknya kalian hari ini. Amin. Semalam cuti kan? Hari Wesak. Tapi aku cuti separuh hari jer, petang aku masuk kerja balik. Hahaha.. kerja lah sangat kan. Just kidding ok. Macam biasalah, aku duk trained students’ aku chorosical sketch tuh. Ada banyak improvement dah diaorang nih. Walaupun sebutan pada mulanya banyak ke Terengganu slang, tapi diorang dah bleh tukar dah sikit2 pada loghat orang Australia. Korang bleh? Kelass taw.

Ok hari ini aku nak story pasal phone application yang dah lama famos amos, tapi aku jer baru terkial-kial godio tuh weh, canggihnya…korang paham lah kan bila seorang gadis kampung yang ayu lagi “sompan” in dipertemukan dengan gadjet-gadjet tambah lagi aplikasi yang canggih keadaanya macammana. Macam kera dapat durian. Eh!! Ada tak peribahasa ni ek..ke macam kera makan belacan. Hmmm apa2 ja lah, yang penting apa yang aku nak gitau korang sampai. Nak bagitahu yang aku memang tak tahu apa2 pasal aplikasi tuh. Aplikasi yang dimaksudkan adalah…
Jeng jeng jeng


Whatssapp?
Kahkahkah, korang mesti tengah gelakkn aku kan. Wah, korang gelak macam tak payah beli majalah ujang sebulan kan. Lantak korang lah. Aku memang buta IT pun. Ku akui,..cewah..

Macamana aku kenal benda nih. Cenggini ceritanya. “Member kamceng” aku, duk tanya.
“yani, awak ada tak whatssap? Geng kita ada buat grup taw. Bleh ah join kitaorang. Bleh sembang2?
Apa ke benda tuh? So aku pun tanya lah my Adikku. Katanya “ANDA HANYA BOLEH MEMILIKI APLIKASI INI JIKA ANDA MENGGUNAKAN TEPUN SELAIN NOKIA CLASSIC ANDA YANG HURUFNYA DAH TAK NAMPAK TUH”. Baik punya ayat adik aku bagi. Terus menusuk ke jantung ku. hahahaha
Haaaa, korang nampak disitu info yang pentingnya. Aku harus tukar phone kesayangan hamba itu. Yes, I did. Selepas aku tukar tuh lah baru aku taw pasal benda alah tuh. Tapi korang jangan tanya aku banyak-banyak k psl bnda tuh. Aku orang baru nak belajar. Students’ aku lebih advance kot.
Ohh luper plak. Haritu Akmal pun ada gak tanya aku sal grup whatssapp ni but sorry to say, aku tak tahu wehh nak join group ni. Sila tutup mulut anda ketat-ketat jangan sampai terkeluar suara gelak korang atau aku bgi flying kick dpan lappy nih.
So itu ajer story aku tuk hari ni, ni tengah menggedek-gedek phone aku. Korang ajor lah aku mcamna k nk join grup whatssapp tuh? Orang kata malu bertanya sesat jalan kan, so aku tak nak tersesat dimana-mana hutan belantara, jadi sila lah membantu aku ini, insan yang tidak sempurna. Aiseh men.

p/s cepatlah cuti sekolah weh, nak gemukkan diri balik ni. Kahkahkah.

2nd Chorosical Sketch

Assalamualaikum...

pun dengan pandas menghupdate entry ke2 tuk chorosical sketch ni. dia lebih kureng macam choral speaking tuh jer. just kene tambah bab nyanyian dan lakonan dengan banyaknya. so title yang skul aku dapat tuk perform nanti adalah Visit Terengganu.

diaorang ni kene perform sempena Majlis Perasmian Program TRENGLISH. sal program ni akan diberitakan kemudian k.

yang ak nak story hari ini adalah berkenaan students participation. memang terbaik. sekolah aku ni tahap nya dikira sederhana saje, tapi budak2 memang berani. korang bayangkanlah aku just nak 30 kebawah tapi yang nak masuk lebih 40 orang. so, kene screening lah plak diorang nih.

thanks sbb sangat mengsupport. kekeke...ok, students dah tunggu, training at 3.30 and now 3.33.
Damn, kureng asam sungguh cikgu nih...

Adios amigo, see you again. Esok cuti, bangun tido lambat yuhuuuuu!!!..

p/s Alhamdulillah, Allah S.W.T memberi ruang waktu untukku..

intro chorosical sketch...

Assalamualaikum...

dengan penuh pantas aku menulis entry hari ini. sibuk bebenor kat sekolah hari ini. Pagi tadi aku duk latih students chorosical sketch sampai kul 10 tadi. ni nak pergi kelas plak. dah lah 3 masa penuh.waaaaaaa...confirm tak dan mengkedarah nih. aisey men, turunlah berat badanku yang degil ini heehehehe...

godio chorosical sketch tuh? dia gabungan choral speaking, musical and sketch. selepas berpuluh tahun meninggalkan sekolah, benda ni yang aku kene train diaorang. manalah aku taw kan. tapi disebabkan ingin menjadi seorang pendidik yang berguna, ku telah menggodek segala ruang internet. Akhirnya...

Owhhhh, mcam itu caranya..

Sekolah aku akan membuat persembahan 25 hb nih, so skunk memang diaorang sedang giat berlatih. chayok2...

ok kelas aku start kul 11.20, kene gerak dlu. choww amigos.

p/s seorang pendidik yang berguna, menggunakan masa sepenuhnya tanpa ada ketinggalan walaupun untuk menghupdate blognya..hahahaha

Adikku

Assalamualaikum....

Aku datang lagi selepas bertahun menyepi. huhuhu..nak buat macamana, orang panggil writer block. Block lah sangat..

Sebenarnya ada banyak yang ingin diceritakan kerana banyak benda yang telah berlaku. tapi kene satu persatu lah kan, nnti korang termuntah menghijau pulak dengar aku merepek kan.

1.adik aku dah bertunang dan bakal menamatkan zaman bujangnya sekaligus melangkah bendul diriku ini. hahahaha

kembar tak seiras langsung kan, kan, kan
jeng jeng jeng. kami sebenarnya amat rapat. apa-apa mesti bersama. Merempit bersama, tidur bersama, mandi bersama, makan bersama, segalanya bersama lah. Tapi 1 yang tak sama. Bab lelaki. Adikku ini memang advance bab tuh. Sebab tuh dia kahwin awal. hehehehe. Tak adalah, semua jodoh. Tuhan mengkehendakan adikku berkahwin dulu, Alhamdulillah. sekurang-kurangnya, dosa berdua-duaan tuh boleh dikurangkan kan kan kan...

untuk majlis dia nanti, kakak nya yang tercinta ini akan mengsponsor guest booth. Tahniah!!!! nak gtaw gak tuh, so sekarang ngah sekodeng sekodeng DIY guest book. dengan penuh nilai estetika nak buat sendiri nih.

So, itu sahaja untuk hari ini, semoga diberi kesempatan untuk menulis lagi esok. Amin.

p/s: Selamat Hari Ibu, mok...

Diantara dua sujud

Assalamualaikum...

Entry ke 152 semenjak aku pandai main blog nih...Nmpak sangat kureng keaktifannya okey. Post kali ini agak islamik sedikit yer. Bila lagi kan aku nak tunaikan janji aku pada Pencipta iaitu sebarkan ilmu walau tak seberapa nih..



Tuhanku
Ampunilah dosaku
Kasihanilah padaku
Tampalkanlah segala kekuranganku
Angkatlah kedudukanku
Rezekikanlah kepadaku
Tunjukilah aku
Afiatkanlah diriku dan 
Ampunilah aku

Ni doa yang korang selalu baca taw ketika korang solat. ni doa ketika duduk diantara dua sujud. sesetengah dari kita tahu sebut jer bacaannya tapi tak tahu makna so ni makna dia. lagi khusyuk solat kita jika kita tahu makna disebalik bacaan kita kan. so selamat menghafal dan beramal.

solat jangan tinggal taw...


p/s esok interview kerja, so korang doakan aku buat yg terbaek k..nk buang title penganggur nih...
p/s cari buku advertising dalam 10 bji kotak IK Yellow..fuh!!!!! berpeluh den