~~SAYANG KORANG~~

~Apa jawapan dua puteraku itu?~



Assalamualaikum....
Entri kedua tuk hari ini. Alhamdulillah...
Tadi, baby ada membaca buku Mastika. baby memang gemar baca buku ni kerana banyak cerita didalamnya. baby begitu tertarik dengan satu cerita ini...

Ianya sebuah kisah tentang Khalifah Harun Ar-Rasyid dimana merupakan khalifah Bani Abassiah. Baginda memperoleh dua orang putera bersama permaisurinya iaitu Al-Makmun dan Al-Amin.Kedua-dua orang puteranya itulah yang bakal menggantikan baginda sebagai khalifah. Tetapi soalnya, siapa yang paling layak?  

Sebagai persediaan mengambil alih jawatan, Khalifah Harun memberikan didikan yang sempurna kepada putera-puteranya. Para cendikiawan dari seluruh pelosaok dunia juga dipanggil untuk memberi ilmu kepada Al-Maknun dan Al-Amin.

Suatu hari, Khalifah Harun memanggil semua guru putera-puteranya dan meminta mereka memberikan pandangan siapa yang sepatutnya menggantikan tempat baginda. Kesemua guru tersebut bersepakat mengatakan, Al-Maknun. Para pembantu kedua-dua orang puteranya juga dipanggil dan ditanya pandangan mereka dan bersetuju menyatakan Al-Maknun yang paling layak.

Tetapi benarkah? Khalifah Harun ingin menyelidik lebih dalam, lantas memanggil ketua pengasuh Al-Amin.
"Wahai wanita budiman, cuba kau berpura-pura kepada puteraku Al-Amin, kononnya kau telah diberitahu bahawa jawatan khalifah akan diberikan kepadanya. Lihat bagaimana sikapnya nanti".
Arahan yang sama diberikan juga kepada pengasuh Al-Maknun.

Apabilaketua pengasuh Al-Amin pulang selepas menyempurnakan arahan tersebut, Khalifah Harun terus bertanya tentang reaksi puteranya itu. Jawab pengasuh tersebut...
"Wahai Amirul Mukminin, Al-Amin berjanji akan memberiku hadiah yang sangat besar seandainya dia menjadi khalifah kelak".
Baginda Harun terkejut mendengar jawapan puteranya itu. Dia mengalihkan pandangan kepada pengasuh Al-Maknun pula.
"Bagaimana sikap puteraku itu?" tanya Khalifah Harun.
"Wahai Amirul Mukminin, puteramu itu amat berduka cita apabila mendengar berita itu. Al-Maknun berkata, dengan penggantian jawatan, ini bererti kematian ayahandanya".

Khalifah Harun tersenyum, memang Al-Maknun layak menggantikannya.  

(sumber Mastika, Julai 2008)

p/s renung-renungkanlah..

soalan pedish

pe khabar sedara sedari sekalian? diharap semua sihat sejahtera..semenjak dah tamat pengajian nih, banyak benda dah berubah..pergi ke umah sedara mara, soalan pertama yang ditanya, dah kerja? ermm dengan muka semonyetnyer, menjawab belum...nak rehat dlu..hahaha..rehatlah sangat sampai badan pun dah macam tong dah besarnya...

soalan yang lagi best ditanya, bile nak kahwin? fuh...yang ni memang agak payah nak menjawabnya. tambah-tambah lagi adik dah nak diikat..oiii agak sesak tuh nak menjawabnya...mak pun dah bagi isyarat sila blah dari rumah ak cepat2,  senang..tak menyesakkan mata...hahaha...waduh omak, ankmu masih single and availble nih...aish nak cari kat mana yer calon suami? sapa yang nak kat kita nih, sila angkat kening hahaha...

by the way, congratulation to my cousin shahida(Along) kerana sudah menamatkan alam bujang..semoga rumah tangga yang dibina berkekalan, dan dicucuri dengan limpah dan rahmat dari Allah s.w.t. Amin..

p/s gambar tak der, coz camera dslr ada kat kedai Uncle Wong hahahaha
 
 
dah lama tak menghupdate blog nih kan..sorry le sesangat yer...selalu ada kekangan....by the way, this is only the warming up update..nothing much to write..just to drop by jer...huhuhu


please forgive me for any inconvenience that i has made..love u alot....

~~Insane~~



olla semua...bby just come across with a quotation that bby guess really suits with me..hahaha..its quite funny since maybe some of you never thought of it, or rase yang memang quote ni tak ada kene mengena langsung ngan baby..tapi sebenarnya, this is truly me...


at first baby memang seorang yang pendiam, tak banyak cakap, pemalu..huhuhu..seriously, this is me. permulaan bagi sesapa yang tak kenal. disebabkan tu baby jenis susah nak buat kawan, orang kata agak sombonglah...(bukan sombong sebenarnya, tapi pemalu, pastu buat muka tuk cover malu... tu yg jadi muka sombong tuh hehehe) 

orang yg nak kawan nge baby mesti pandai trigger baby such as start talking with me first. introduce him/herself. baby lagi cepat selesa lau orang tuh jenis suka ketawa, buat lawak2, open minded, orang kata senang didekati...bila baby dah rasa kimia tuh, time ni baby dah start bercerita..tpi bukan kesemuanya lah..still ada wall disitu..hahaha

and kepada orang yang terplih jadi my bestfriends will know baby macamana coz baby tak kan sembunyi apa-apa kepada mereka ni..yeah, in simple word, transparent..tahu luar dan dalam..ngehngehngeh...gila kan...yang lagi gile, cepat benor tersentuh lau bff ckp smthing..lau pakwe tegur tak de pun nak tarik muncung 18 depa, tpi lau bff, hmm bleh lah tengok muncung itik keluar hahaha...one more thing is lau bff kata sye tak suka tengok muka kamu pun, bby bleh lagi terpacak depan tuh..reason? tak tahu..that show how insane am i right? hahahaha (nak kata terhegeh-hegeh pun kata lah, tak kesah coz im that kind of person..huhuhu)

p/s mesti ramai tak setuju bila baby cakap baby pemalu kan..hahaha(dri sendiri pun tak caya sebnrnya tpi bla diselidiki, tu lah dia jenis orangnya...)
p/s: baby mempunyai playlist lagu the best ever yeayyy
p/s lagi: Mungkinkah tarikh 18 memberi impak besar dalam hidup? we will see..

Sori Guys




hai...lama dah tak bukak baby diari nih..banyak benda nak kne settle almaklumlah pelajar semester akhir..What? dah akhir? sekejap jer kan masa bergerak..pejam celik pejam celik...4 tahun bergelar pelajar universiti Sultan Zainal Abidin nih..fuhhh...lau dihitung peluh hasil penat lelah agaknya dah berguni-guni kan..semua tuh demi mencari ilmu bekalan dunia n akhirat..Insyaallah...

ni skunk musim exam so hope korang wish all da best for me..sory guys, ringkas jer entry kali ni...sori sangat2...

p/s: love you always...
p/s: Hidup ini hanyalah pinjaman seketika, gunakanlah ia untuk mencari keredhaan Pemilik Agungnya...Amin





~~Markisa~~



story ni baby dah lama peram dalam draft, tunggu waktu yang sesuai jer nak dikongsikan ngan korang. cerita ini sal buah markisa. korang kenal tak buah markisa tu apa. baby pun tak kenal jugak mulanya. tapi bila ada kawan bawak balik buah tu dari Johor satu plastik besar, ya Ampun..owh gini buah dia..baby dulu-dulu just minum jus dia jer...hehehe..ni lah buah dia..jum jenguk..
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
v





more clear version hehehehe
ni semua yg Wan Nor makan ngeh ngeh ngeh....
thanks angah coz sudi bawak buah ni berat2 naik bas tuk kami...mengenalkan kami buah nih..tq a alot..lau korang nak tahu kepentingan buah ni, sila rajinkan diri click SINI k...erm lupa nak gitaw, kami disini adalah Nazirah, Siti Aminah, Fiona, Wan Nor, and K.zah..tak ad gmbr diorang melantak k..privacy katanya hehehehe...(memang tak ada pun...)

p/s: maafkan jika terasa tapi itu sahaja caranya untuk menyedarkan anda...
p/s lagi: mandian Lifebouy amat susah dicari depan UNISZA yer...grrrrr
p/s lagi: MUM, miss u a lot...nangis dalam mimpi dah nih....waaaaa


~~Amanah~~


berhabuk lagi diari baby ni kan...mintak maaf banyak-banyak yer...baby betul-betul sibuk..di Kuala Terengganu hari ni cuacanya amat mendung sekali. sejuk..damai...menenangkan.

tapi berita yang didengari pagi ni membuatkan segala keindahan tersebut hilang...dimamah manusia yang tidak kenal nilai tanggungjawab...

tolonglah..jangan jadi manusia seperti itu. anda sudah diberi tanggungjawab tersebut. anda seharusnya melaksanakan dengan baik. jangan pula kerana anda tidak mampu, kemudian anda meletakkan kesalahan pada orang lain. ini tidak adil. amat tidak adil. 

anda banyak menyusahkan orang, menipu, memfitnah..tidak letihkah anda..tidak penatkah anda..tambah lagi satu dosa yang besar, anda tidak amanah..tidak sedarkah anda? anda bijak menuturkan kata-kata, tapi sebalik penuturan itu segalanya penipuan..anda mencipta penipuan demi menutup sebuah lagi penipuan...

baby bukanlah seorang yang bijak memberi nasihat. namun seandainya ruang dan penulisan ini memberi hidayah kepada anda. Alhamdulillah...